Craft Kiut Miut

Hari ni bangun awal pukul 10 pagi. Eheh...Awal la kan? Tido pukul 7 pagi. Total tido 3 jam je la.. Semalam godek2 google nk cari donut keychain yang awesome. Malangnya jumpak gambar je. Cis kudis!! Makanya aku pon nk upload gambar donut2 ni. Haishh...Giler lah awesome! Alahai~

Ini korang baru tengok 6 ketul. Pastu 1 design je. Ada banyak lagi yang ala2 spesis Dunkin Donut. Walaupon donut bukan feveret aku, tapi keychain terbayang-bayang dalam mimpi wa cakap sama lu.. Teksture die boleh picit2, punch2, crush2, hentak2 semua boleh lah. Adik aku ade satu menda ni. Abis la jadi sasaran aku. Haha..Sehari tak picit tak boleh tido aku. Macam malam tadi la. Setakat ni online tak banyak jual. Kalo jual pon mahei nak mampoih! Paling femes dari Atmos Japan. Tapi bapak arrr...website dalam kanji. Juling aku nak baca! Actually, tak reti baca pon. Ngeeee...haha

Tapi tak sia2 aku google semalam. Bleh stranded plak kat satu craft blogshop. Ini lagi best! Craft yg die buat bukan amatur cikai lah. Ngn efek gambar yang bloom2 segala mcm Ecah slalu buat tu, berpinar mata. Die trime order pencil case, keychain, name keychain etc. Design dan kaler boleh suka hati pilih. Design macam2 plak tu boleh buat. Sebut je nk gambar ape, penguin, kucing, bear, panda, snow white, bunga,............Aku dah tak larat taip. Harga sangat2 la berpatutan. Memang la bahan tu maybe murah. Tapi mengenangkan effort untuk buat dengan begitu cantik, walawei berbaloi-baloi! Erk..aku pakai maxis.


Ini contoh pencil case customer beliau yg dah siap. Seyes cantik wei.... Kalo aku ade bakat menjahit mcm ni, alangkan indahnya dunia sahabat2 ku. Mesti korang dapat sorang sebijik mcm ni. Malangnye aku tak reti. Haha..



Ni plak name keychain. Kemas giler die buat. Aku usyar, cik Yana ni paling kemas buat craft. Memang tahap kemaih keming gitu. Kalo nak usyar lagi banyak barang2 handmade die, ni aku kasi korang menuju ke pangkal jalan. Aku dah order bapak banyak jugak la untuk family dan boyfee...Tapi die tak balas lg order aku. Invoice tak dapat lagi. Makanya tak boleh la nk bayar. Aku tak sabar nak cop July batch. Ha!! Jangan potong line k. Beratur blakang aku. Hoho =)

Eh, tak mandi lagi. Chow dulu!



No comments: