Ketika ini aku sedang mendengar lagu Shahir...Kebahagian dalam perpisahan. Sangat sedap dan mendayu-dayu. Aku sangat suka lagu ini~
Dan hari ni aku terpanggil untuk google lirik lagu Maulana. Rupanya dia sebut Répondez s'il vous plaît @ RSVP yang selalu keluar kat Facebook tu. Selama ni aku asyik cuba meneka ayat panjangnya...respond SVP. haha. Lepas ni boleh la cakap French ngan orang. Walaupon baru master 3 ayat. Mr D pon ajar je t'aime saja. Aku pon ajar dia ich liebe dich auch *wink*
Konflik yang melanda bertalu-talu adalah ujian. Hingga sekarang sebesar-besar dugaan pada orang lain menjadi konflik yang tak sebesar mana pon bagiku. Dan sebesar-besar konflik yang melanda diriku mungkin seperti kiamat bagi yang lain. Orang sekelilingku mungkin agak geram kerana aku bersikap slumber dan bersahaja. Mereka bertanya pelbagai soalan kerana cuak bagi pihakku. Mungkin mereka tension dengan sikapku yang cool dalam beberapa hal. Seperti mana aku tension bila Mr D rileks sedangkan aku dah cuak tahap gaban bagi pihaknya. Haha..
Aku rasa aku ni jenis yang selalu tak tahu nak apa, tapi tahu tak nak apa. Contohnya...
Mr.D : Nak makan mana ni?
Aku : Mana-mana je lah. Tak kisah.
Mr. D : Nak makan nasi lauk ke mapley?
Aku : Tak kisah. Ikut b.
Mr. D : Jangan ikut b. B tak kisah makan pape pon. Nak makan mana?
Aku : Ala...tak kisah. Ikut b la.
Mr. D : KFC?
Aku : Tak mau lah.
Mr. D : Mapley?
Aku : Tak mau jugak.
Mr. D : Abis nk makan kat mana?
Aku : Entah, ikut b lah.
Mr. D : Cepat lah. Nak makan apa?
Aku : Tak tahu... Makan biasa-biasa je lah.
Mr. D : Station Kopitiam?
Aku : Ikut b lah.
*Ulang balik*
Tapi memang senang nak determine apa yang kita tak nak dari nak pikir apa yang kita nak kan? Macam aku tak nak tido, tapi tak tahu apa nak buat sebenarnya. Apa yang aku betul-betul nak tak terjangkau la plak. Masalah!
Diri sendiri pon rumit nak paham, ini kan plak nak memahami orang sekeliling 100%. Setiap orang mengambil masa bertahun-tahun masa untuk cuba memahami seseorang. Itu pon baru sorang. Kalo 10 orang, tercabut esofagus aku nak paham sorang-sorang. Ketidak-fahaman ini membawa kepada misunderstanding. Selalu gitu. Misunderstanding lama-lama membawa kepada malas nak paham lalu terus memahami benda yang salah. Apa aku mencarut ni?? Haishh... Aku pun tak paham. Pendek kata, it's complicated! Teringat status Friendster yang berkurun lama aku delete. Ngee (^^,)
Sebenarnya, aku rasa aku suka menyanyi. Bila karaoke, menyanyi dengan penuh perasaan dan mengeluarkan vokal paling matap! Haha..Aku perasan?? Suka hati haku lah! Tapi mak tak kasi jadi penyanyi. Jadi aku pun menyanyi suka-suki. Tapi itu la benda yang aku boleh bagi the best effort. Makanya bila menyanyi, tak kisah nyanyi kuat-kuat. Sampai Haus Sachsen dengar pon tak pa. Janji orang dengar yang sedap-sedap aja. Hehe.. Mr. D kena nyanyi bukan jerit tau. Nanti pitching lari lintang-pukang plak =)
5 comments:
anda tidak boleh menggunakan perkataan x kisah lagi di masa hadapan (0_~)
huh...anda juge~
weh moon jom p karaoke bila2? aku mnyibuk hg n dol bleh? nk duet ni lagu mariah carey ngn hg haha. kalo karaoke fveret aku kt alamanda, sbb kt situ sora aku magically jd extra sedap dr yg dh sedia sedap tu wooot2 perasan alert hahahaha.
moon nyanyi lagu nasyid je skrg..lgu lain die dh xnk nyanyi..
jera, jgn layan dol ni. aku kan versatile gitu. haha... bila2 nnti aku on ja. nnti aku dh pi sana, bleh la kita ronggeng rokiah. ngeh ngeh ngeh =)
'one goal. education for all'
Post a Comment