Zaman Kejahatan Seorang Kanak-kanak

Feezah Hanimoon got updatessss!

Hari ini aku nak citer kat para pembaca setia sekalian tentang kejahatan seorang kanak-kanak yang bernama seperti di atas. Lepas korang baca ni, konpem korang nak sula aku dari bawah tembus sampai atas. Nak citer ke tak, nak citer ke tak? Hmm....Ok lah, kalau citer separuh nanti anak lahir keluar separuh. Mitos paling tak leh blah. Tapi dalam tak percaya, aku selalu guna jugak. HaHaHa. 

Ikuti siri kejahatan kanak-kanak comel yang ber-DNA pengganas.


Memaksa Mak Sedara Menderma Syiling Untuk Memenuhkan Tabung.

Masa tu aku umor 2 tahun kot. Kalau tak silap la....sebab tengok gambar dulu-dulu, comel belaka aishh. Makcik aku ni cikgu sekolah menengah. Dulu die pakai handbag kaler coklat. Jadi setiap kali pegi umah die or die datang umah aku, tengah orang-orang tua sembang tu, aku mesti ada agenda yang tersendiri iaitu memproses handbag itu untuk cari duit syiling. Duit keping-keping 50 ke 100 ke aku tak nak. Asal dapat je duit syiling, aku rembat. Mau tak penuh tabung aku! HaHa. Nampaknya mak ayah aku dah pupuk niat menabung dari kecik lagi. Aku ade tabung buluh dulu. Best woo...korang ade? Sekarang ni minat menabung aku dah berkurang. Aku suke melabur plak. Duit yang dilabur tu selalunya pergi tak kembali la. GAGAGAGA.


Memanggang Anak Kucing Peliharaan Selepas Pengasuh Memanggang Ikan

Ini lagi satu story yang bakal mengundang kemarahan pencinta kucing. Kalau tak silap, ye la...mana aku ingat kan, umur aku 4 tahun kot. Mak aku la rajin citer ni. Mak aku keje kerajaan jadi nurse. So biasa la budak-budak baru nak up ni diletak di bawah pengasuh. Aku dulu mne pegi nursery. Mak antar kat jiran-jiran yang dah pencen or import sanak-sedara yang takde keje. Al-kisahnya, satu hari Mak Teh aku tu bakar la ikan nak buat lauk. Takkan nak buat sabun basuh baju plak kan. Owh..bercakap pasal tu, sabun basuh baju dah abis la. Esok mesti beli. Okok, sambung balik. Mak aku dah pesan, lepas bakar ikan mesti simbah air kat bara api tu. Takut aku main nanti hangit plak tangan aku. Apa yang tidak disangka-sangka, bukan aku yang hangit, tapi anak kucing malang tu la. 

Aku tak ingat plak suara tangisan or ngauman or miowwwwan kucing tu. Tapi mak aku citer, die balik je terkujat beruk tengok separuh kucing tu dah merah sebab aku bakar sebelah je kot. Obviously la kan. Pastu bulu die sebelah tercabut abis dan kulit jadi cam sopak. Dari sini lah bermula kisah aku takut ngn kucing sebab aku geli tengok kulit die cenggitu. Aku rasa terkena sumpahan la.  Korang mesti curious kan nak tahu ape jadi kat kucing tu?

Okok..seb baik mak aku nurse. Jadi die pon treat la kucing tu macam orang yang melecur badan. Letak ubat penumbuh bulu segala bagai, akhirnya kucing itu survive dan sihat walafiat. Mak aku pon sama phobia, lepas tu sekor kucing pon tak pernah jejakkan kaki dalam umah aku. Mak aku just cakap bulu kucing boleh sebabkan lelah. Pastu nanti lekat kat baju, kotor. 


Mencubit Sesiapa Yang Ingin Merampas Kuasa Sebagai Penjaga Pintu Van Tadika

Yang ni aku ingat. Aku tadika, so umur 6 tahun gitu kot. Aku pegi tadika naik van pakcik botak. Ramai la geng tadika kat rumah aku ni. Kan seat dalam van yang tepi pintu tu boleh lipat-lipat bila orang nak masuk belakang kan? HA!! Yang tu lah seat aku setiap hari. Sape duduk, siap la aku cubit sampai nangis. Balik mesti mengadu kat mak. HaHa. Bila aku pikir sekarang kan, seat tu la yang paling orang tak nak duduk. Dah la kusyen nipis, pastu kejap-kejap nak bangun. Pastu kene bukak tutup pintu lagi. Tapi masa itu, di saat itu, aku rasa tu kerja paling terhormat woo. Kawan aku dah besar-besar ni die sendiri citer kat aku, yang aku dulu cubit die sampai lebam sebab conquer tempat aku. Aku pon bereaksi, "Ye ke? Tah ingat.. Heh." Die pon sambung citer..Balik die ngadu kat mak die. Tau ape ayat die? "Mak..tadi budak gemuk tu cubit adik sampai lebam." Aku terkebil-kebil and for a second bersyukur sebab aku cubit die time tu. 


Merompak Surat Jiran Sebab Curious

Ok, ini cam haram je perangai. Yang lain pon cam haram jugak la. Satu hari posmen datang delivered surat kat rumah. Tapi aku tunggu punya tunggu, posmen tu tak singgah pon rumah aku. Takde surat nak bagi la. Tapi die letak surat kat post box rumah depan. Aku dengan curious tahap gaban telah pegi ke rumah depan tu, pastu berusaha masukkan tangan ke lubang post box tu untuk ambik surat die. Sakit tangan aku, tapi puas hati. Aku pon bukak surat tu dengan ganasnya sampai terkoyak. Rupanya surat bank je pon. Lepas baca lebih kurang dan langsung tak paham, nak letak balik cam cuak sebab dah rabak. Tau aku buat pe?? Aku buang dalam longkang. Pastu lari balik rumah. Haishh...Evil kan? Owh..takde orang pon tau hal ni. Aku tak cakap kat sesape. Jiran-jiran pon tak bising, so takde orang nampak la kot. Selamat~


________________________________________________________

Selepas aku masuk skolah darjah 1, aku dah matured. HaHa. Dah tak buli orang, perangai pon baik je. Cikgu-cikgu sume suke. Masa darjah 3, setahun jugak la aku dera kerani pejabat sekolah. Sebabnye, aku langgan komik KAWAN. Pastu pegi letak alamat sekolah. So, tiap-tiap bulan la Abang Pa tu ketuk pintu kelas aku nak bagi komik tu. Kelas aku ngn pejabat jauuuhhhh plak tu. Seronok baca cerita Dr. Nina...Tu yang cecita nak jadi doktor memula. Tapi takat tu je la keganasan aku. Pembulian yang berhemah tatkala tumbesaran. 

Korang ade tak kisah-kisah yang lagi evil dari aku? Sape boleh challenge? Inilah zaman kejahatan seorang kanak-kanak yang bernama Feezah Hanimoon!!! >.<



8 comments:

Abdullah Zaini said...

sy pun baca buku KAWAN kecik2 dulu(^^,)

Feezah Hanimoon said...

ye ke? kite kan ade chemmistry! hehe (^^,)

tashamon said...

wow! legendary kisah hg!

Feezah Hanimoon said...

wahaha..of course! kanak-kanak hyper-pengganas kot. huahuahua...

jera said...

kalau aku kwn hg, n aku ada time hg bakaq anak kucing tu, mst aku trauma smpai skrg...hahahaha

Feezah Hanimoon said...

ala...kalau aku pon tak ingat, takkan ang yang tua seminggu ni ingat. aku still wonder mcm mana aku boleh panggang kucing tu time tu. isk isk isk

Anonymous said...

kalau aku kawan ang ang aku ada time ang bakaq anak kucing tu, mesti aku bakaq ang sekali. ang baik pi check aku ghasa ang ada choromosome XYY la tsk tsk

Feezah Hanimoon said...

ang pon baru 2 taun setengah tym tu. jalan pon tot tet tot tet lagi. haha