Hari ini hari Jumaat. Jadi tema entry kali ini ialah untuk menaikkan semangat. Nak tau apa kena-mengena Jumaat dan semangat? Langsung tak ada kena-mengena. HoHoHo >.<
Iye..jangan sedih kalau tak cantik. Tapi jeles boleh. HaHa. Aku tak nak bahan orang yang muka cantik tapi cacat perangai. Sebab point ini semua orang dah tau. Jadi tak payah la makan space blog ni. Kan?
Memang manusia sukakan kesempurnaan rupa paras. Aku pon suka. Kalau tak, tak yah la aku beriya nak diet ni. Kalau aku cakap aku berdiet sebab utama nak sihat, TIPU! Pertama nak cantik, kedua nak pakai blouse cantik, ketiga nak pkai skinny cantik, keempat nak posing cantik, kelima ok...nak sihat.
Tengok mereka yang cun, jangan sedih. Jeles takpe. Kenapa takpe? Sebab jeles itu boleh menaikkan semangat korang untuk berusaha menjadi cantik. Tapi lepas baca ni korang jangan la gi buat botox plak. Maksud aku, buat benda yang logik sket. Contoh? Malas la nak tulis...hehe
Ok, kali ni aku nak bagitau dua sebab kenapa korang tidak patut bersedih jika tidak cantik.
1. Walaupun tak cantik, korang masih makan pakai tangan, jalan pakai kaki.
Korang cukup semua pancaindera. Bersyukurrrr!!!! Bersyukur sebab korang ade semua tu. Ini bermakna segala kekurangan pada diri masih boleh diperbaiki. Kalau gemuk, still boleh exercise hari-hari. Muka penuh jerawat, New York Skin Solutions ade free trial. Kalau rambut kurang, pikir dua kali jugak la kalau nak pegi Yunnam ok. Kalau Allah tarik nikmat kaki tangan tu, tak ade spare parts ye. Percayalah..semua orang sanggup jadi hodoh kalau boleh trade in dgn sepasang kaki atau tangan. Jadi jangan sedih. Simpan sedih itu sebab Allah masih tidak menguji korang seberat-beratnya.
Ini pengalaman sendiri. Aku pernah cakap, orang yang sakit mesti automatik kurus. Tak payah susah-susah senaman. Dulu, apa aku cakap tu ade jugak la terselit niat berdoa. Tapi bila sakit, Allah saja yang tau macam mana aku rasa nak tarik balik doa tu. Orang cakap nak masuk dewan bedah ni menakutkan. Tapi bila sakit, tak sabar-sabar aku nak suruh doktor bedah sekarang jugak. Akhirnya dapat la parut 6 inch sia-sia. Kurusnya tidak >.<
2. Walaupon tak cantik, korang ade boyfriend yang penyayang.
Ye, aku tau. Memang benda ni tak leh apply kat semua orang. Tapi biar la aku nak jadikan point pon. Sebab aku tengok, yang cantik-cantik ni rajin benau kapel-break-kapel-break. Aku pun tak paham. Pindah sekolah, budak kelas sebelah usyar. Masuk matrik, minggu orentasi nak tukar-tukar no phone. Masuk U, tiap-tiap tahun jumpe mamat hensem. Malangnya korang sebab tak sempat nak bahagia. Aku tak tau lah teori ni datang mana, tapi cuba tengok sekeliling. Betul tak aku cakap?
Tak kisah la orang nak kata, orang tak cantik ni tak banyak pilihan ke ape. Tapi kalau tiap-tiap malam mengelap hingus, ade aku kisah? Korang pon jangan kisah... Aku pernah la buat ayat touching then cakap kat bf, "Terima kasih sebab tak tengok rupa. Saya tak cantik pon, awak suka." Tapi dibalas dengan ayat yang lebih touching, "Sape cakap saya tak tengok rupa?" Meleleh-leleh air mata sebab Mr. D reply macam tu.....ok, yang ni serius aku tipu. HaHa. Jadi kali ni, kredit kepada Mr. D yang memilih aku menjadi jelitawan di hatinya. Andainya aku kurus nanti, aku tetap akan mengambil Mr. D sebagai suami (^^,) Ok, ayat itu bunyinya pelik.
_____________________________________________________________________
Beauty is subjective. Entry ini sebenarnye nak naikkan semangat diri sendiri jugak. Misi sem baru ialah menguruskan badan. Kalau sekarang pon dah hot melampau cenggini, dah kurus nanti fuh! Tenggelam timbul yang lain. Ngeeeehehe ;)
3 comments:
(^^,)
Chayok2!
baik bosh!
thanks for the support ;)
Bf sya pun x plih pras.dia ttp cinta kn sya wlaupun sya kurang cantik..sya bersyukur sgt..
Post a Comment