Inspirasi dari kata-kata orang yang tak sayang mulut adalah sangat berguna

Aku dengan rasminya declare peperangan dengan lemak degil yang bergantung-gantung di perut, peha, bawah lengan dan bawah dagu. Setelah menjalankan plan kencang sejak beberapa bulan yang lalu, 7kg lemak bodoh telah berjaya dilenyapkan dari muka bumi ini dengan harapan ia tidak akan datang kembali. HaHa.

Tak payah cerita pasal apa plan kencang aku tu, tapi aku nak cerita apakah inspirasi yang membolehkan aku bertahan dengan rutin diet itu. 

1. Kata-kata manusia yang tak sayang mulut seperti
    " Fizah kan perut besar. "
    " Ya Allah! Beratnya nak bangun. "
    " Lemak dah banyak, nak menternak apa lagi? "
    " Makan sikit jew? Diet kew? " Perli plak >.<

2. Kata-kata manusia yang memberi semangat seperti
    " Hanim kalau kurus sikit dah cantik, " 
      *Kata-kata kawan darjah 6 bernama Asmak yang dilafazkan 12 tahun yang lepas!* 
    " Eh, Moon / Kak Moon dah kurus! " 
    " Moon!!! Bagi kurus sampai kita pakai saiz baju yang sama. Jangan lebih dari aku! " 

3. Kata-kata hati sendiri seperti
    " Saya akan cantik bila saya kurus. "
    " Macam mana ek rupa aku kalau kurus? "
    " Moon! Sikit lagi berusaha. Nanti raya boleh show off kan sedara kampung. Haha. "

Yang penting ialah keazaman diri sendiri untuk mencapai matlamat. Inspirasi ni boleh dapat di mana-mana. Kalau sejuta inspirasi tapi pemalas nak bersenam atau hidup nak mudah memanjang, aku nasihatkan terima lah kekurangan diri seadanya. Tension tapi tak nak berusaha sampai bila-bila pon tak membuahkan hasil apa-apa. Better stay cute and chubby. HeHe. Pakai baju longgar-longgar tak dapat dosa >.<

Namun aku, yang berbekalkan kesungguhan dan inspirasi-inspirasi yang dinyatakan atau tidak dinyatakan, akan terus berusaha untuk mencapai target menjelang raya ini. Oh mama, you gonna have a very beautiful daughter by this raya. That's a promise!


And friends, I'll force Aishah Haron to get me a photoshoot once it's done ^..^


2 comments:

Asma' said...

wow 7 kilo. congrats. by the time dh abes puasa nnti mesti hilang at least 3 kilo lg. makin hot la hg.

ok aku nk hilang 7 kilo jugak. baju dah mengetat. tambah dosa aku pakai baju ketat

Feezah Hanimoon said...

haha...danke2. aku pon skrg baju longgar ok dah. seluar plak skinny mini. x pa, baju labuh dan longgar dah counterbalance dh.