Gadis High Maintenance



Sejak dua menjak ini, rasanya selalu sangat dengar orang cakap aku ni high maintenance. Tapi takpe. Bagi aku itu adalah satu pujian. Sebab aku rasa takde benda yang salah di situ. Walau bagaimanapun, sila jangan perli-perli lagi setiap kali jumpa ya. HaHa.

Aku sifat high maintenance ini develop bukan dalam satu masa yang singkat. Ye la...duit pon bukan jatuh dari langit begitu sahaja kan. Dalam erti kata lain, berbelanja mengikut kemampuan. Aku rasa aku ni tak la high maintenance sangat. Makan kat Mapley pon layan jugak. Sate kambing kat Kelisa pon sedap. Asalkan tempat tu bersih dan sedap, boleh je sumbat dalam perut. 

Dari segi pakaian plak, aku dah jarang shopping. Sebabnya almari goyang aku ni sikit hari lagi dah nak roboh. Brand yang aku pakai, adik aku pon pakai. Aku tak rasa die high maintenance. HaHa. Ape yang aku pakai adalah mengikut kemampuan ayahanda dan bonda. Aku mampu bersusah senang bersama keluarga. Ya..itulah kelebihan anak sulong yang lebih mature dan sensitif. 

Dari segi aksesori, memang la dah up sket hari zaman sekolah. Takkan nak pkai beg Swan lagi. Kasut pon sama je lah. Aku rasa semua budak Uniten pakai Adidas, Nike, Reebok, Lacoste, Esprit dan pelbagai spesis lagi. Budak Uniten semua kaya-kaya. Sama ada hasil menuai duit kerajaan atau pama. 

Tapi yang jadi isunya sekarang ialah mungkin sesetengah orang tak dapat terima aku berbelanja jumlah yang banyak untuk one particular item, yang bagi diorang tak penting. Ala...Mr. D pon selalu je cakap membazir. Tapi takpe. I know what I want. For that one particular item, this is the price I have to pay. So leave it like that. Sebab itu aku tak banyak saving. Sebab aku takkan biarkan wish list aku terperap lama-lama. 

Apa aku nak hari ni, kalau boleh esok jugak nak beli. Seb baik nafsu aku tak membuak-buak untuk beli gadjet canggih zaman moden ni. Cuma kalau ada orang bagi free, aku amik je la kan. Jadi untuk menyeimbangkan balik keadaan, memandangkan aku dah jarang shopping baju dan seluar, aku invest dalam perkara-perkara yang boleh bagi long term benefits. 

Kepada Mr. D yang di-chentew sangat-sangat, jangan lah anda cuak. Sesungguhnya saya tidak akan membebankan anda melebihi kemampuan anda. Kerana situasi anda sekarang sudah cukup untuk menampung keperluan saya. Biar lah saya yang menanggung kehendak saya sendiri. 

Update:
Aku baru buat kuiz Are You A High Maintenance Girl kat satu website Indon. Dan ini adalah hasilnya.

real diva
Hmm... kayaknya kita calon diva, nih. Kita paling anti kalau disuruh melakukan sesuatu yang butuh usaha keras. Prinsipnya, daripada susah-susah, mending enggak usah sekalian. Misal, daripada mesti naik angkot berkali-kali, mending enggak usah pergi, deh. Alasannya cuma satu, kita enggak mau mempersulit diri kita sendiri. Memang sih, enggak ada yang bisa memaksa kita buat melakukan apa yang enggak kita sukai, tapi sedih banget kalau kita jadi kelewatan banyak hal atau kesempatan seru cuma karena enggak mau susah sedikit. Ayo dooong, ingat kata pepatah, ‘enggak kotor, ya, enggak belajar’. 

Betul la tu..enggak kotor, enggak belajar!



4 comments:

adham said...

yg penting ialah (positive effect,outcome) per money spent. jangan total money spent tu..

betul tak? betul tak? back up mun ni

Feezah Hanimoon said...

btul2...long term benefits itu penting. haha.

Abdullah Zaini said...

suka ati la..den x masok campur..mcm den ckp..nk beli kereta kebal ada power window pun den x mrh..duit kamu..

Feezah Hanimoon said...

pape pon..ingat janji next date. makan pagi petang siang malam, saya pulak yang blanja. hohoho.