Nak kurus? Perlu ada motif yang kukuh.

Masa pertama kali jumpa bf, badan aku memang sasa dan gagah perkasa. Haha. Tapi alhamdulillah dia nampak kecantikan yang ada pada aku. Kecantikan celah mana aku tak tau. Aku memang pendiam dengan stranger. Tapi dia pandai layan dan bukak topik. Walaupon dah sepuloh kali tanya pasal sekolah. Adehh...

First time dating merangkap first time jumpa. Bila tengok bakal-bakal couple di shopping complex yang jalan renggang-renggang dan malu-malu, teringat zaman dulu-dulu. First date adalah berkisar tentang penerimaan kelebihan dan kekurangan fizikal masing-masing. Then mengenal personaliti plak. 

Sampai sekarang dia tak pernah langsung sebut pasal kaki besar, dagu berlapis, lengan berkepak or perut berlipat. Semua cantik-cantik belaka. Hehe :)

So, isi pentingnya di sini:

Apakah motif aku bersusah payah nak mendapatkan berat badan ideal?

Pertama
Adakah untuk sihat?? Ye, aku memang berdoa agar selalu sihat dan cergas. Tapi kalau semata-mata untuk sihat, statement ini adalah 90% tipu. Overweight pon boleh sihat lagi. Kalau nak kurangkan makanan berlemak pon, tak perlu secara mendadak. 

Kedua
Adakah untuk menarik perhatian orang? Ouh...tidak sama sekali dan statement ini juga tipu belaka. Terima lah hakikat yang hidup ini penuh dengan penipuan.Hahaha. Kita semestinya sangat mementingkan pandangan orang sekeliling terhadap fizikal kita. 

Ketiga
Adakah untuk meningkatkan keyakinan diri? Tepat sekali!! Ada beza statement ini dengan yang kedua tadi. Aku selalu rasa rendah diri bila berkenalan dengan orang baru atau lebih tepat lagi dengan kenalan my bf. Jadi sebenarnya, aku nak buang perkara negatif tu sebab aku tak nak orang kutuk dia sebab ada gf yang extra size. 

Aku selalu dengar orang cakap 'Awek dia cun gila!'. And aku rasa hepi bagi pihak awek orang tu sebab dipuji begitu melambung. Of course la balak dia pon hepi sebab dapat awek cun yang diiktiraf ramai. 

Walaupon bf tak pernah cakap pape, tapi aku selaku gf terhormat hendaklah membuat sesuatu supaya rasa confident tinggi and afterwards senang nak get along dengan kawan-kawannya. Mungkin kawan-kawan dia pon tak pernah kesah. Tapi untuk diri sendiri yang kesah, memang patut buat sesuatu. 

Jika aku berjaya mencapai matlamat, maka aku akan rasa yang diri ni pon bukan calang-calang orang. Memang la tak mampu nak jadi macam model yang tinggi lampai tu and peha tak bercantum tu. Tapi at least aku boleh berbangga dengan hasil nekad dan usaha diri sendiri. Orang lain lahir keluar je sekeping. Aku keluar je berat dah 3.8 kg. See my point?

Ada orang yang dah sedia kurus, tapi tak cantik. Well, aku bercakap mengikut definisi 'cantik' yang normal di pandangan mata orang. Tapi muka kemik or hidung penyet dah tak boleh diubah. Not to say that I would be perfect, but I can try to lose some weight and see where it get me right? At least, I still have hope. 

People might ask, 'What if another hot looking guy falls for the new you?' I would say, 'Let them be! Itu yang kita mahu. HaHaHa.' Tak de orang yang naik angin tak tentu pasal bila ramai orang syok kat dia. Biar beribu hati yang suka kat kita, yang penting hati kita milik siapa. 

Worth it ke kalau aku nak turn to someone yang obviously tak boleh tengok awek bergetah?  No No No. Jika aku berjaya dalam misi ini, ia adalah hadiah kepada my bf. Dia mintak betis, aku bagi peha. Achtung! Perumpamaan saja. Plus dia sekeping je. Takkan naik pelamin nanti nak senget sebelah plak. Isk Isk Isk.

Pesanan buat rakan-rakan seangkatan di luar sana. Jika korang nak kurus, mulakan dengan mencipta motif. Pastikan motif ini logik dan betul-betul boleh dipegang sampai sudah. Yang single, boleh start dengan misi mencari partner yang hot. Yang dah sedia kapel, boleh tiru macam aku. I dun mind sharing. Only the tips ok. Not any other things. HaHa. 

Selalunya, but not always true, selalunya love can force someone to change 180 degree. Although it is a tough road, selalunya through this method, nothing is impossible right?

Finally everything will be fine.

And everything will come to end. So, thank you for reading guys :)

4 comments:

jera said...

aku tabik spring ah kt hg sebab sgt istiqamah. semoga aku dpt strong-willed cm hg n maintain berat skrg nnt dh blk mlysia. amiin.

Feezah Hanimoon said...

aku pon tgh berusaha nak maintain istiqamah ni...tp seb baik ada geng2 diet kt sini. kami buat pack sapa paling banyak perubahan dalam 2 bulan ni. saja nak bagi naik semangat. duk pi gym ramai2 syok jgk.

Abdullah Zaini said...

(^_^)

Feezah Hanimoon said...

(^_^)