Manusia dan game menembak

Manusia bernama Abdullah bin Zaini itu memang suka main game kat tab. Tension aku! Lepas beli tab ni, tetibe dia beli porch baru. Besar plak tu, sebabnya nak muatkan tab 7 inch dia tu laaaa....

Pegi makan pon bawak tab wooo sekarang. Lepas makan je main game tembak-tembak. Makin besar ke makin kecik balak aku ni?? Mentang-mentang orang teknologi maklumat, kalau korang campakkan dia dalam perigi buta, jangan lupa campakkan sekali tab dia tu ye. Selimut bantal tak payah pon takpe.

Pastu tadi aku mesej tanya dah makan lum. Dia balas belum, budak umah tengah goreng ikan, rehat-rehat la dulu. Amboi...suh rehat plak. Padahal aku takde pon pegi menoreh ke ape petang tadi. Haishh...saje je la aku tanya dia tengah buat ape kan. Rupanya tengah main game! 

Pandai yer suh rehat-rehat tenangkan fikiran, padahal dia tak nak diganggu sebab tengah main game! Ceit!

Korang kalau ada balak celik IT ni memang la senang. Laptop jahanam je antar kat dia. Tapi, kalau la ada gadget baru depan mata dia, jenuh la nak menunggu jakun dia tu habis. Kalau aku bagi buku teka silang kata, nak buat semuka pon setahun amik masa. Kalau sudoku apa tah lagi weh =(

Disebabkan mood aku sekarang tengah hepi giler...jadi aku rajin plak nak mengedit gambar dia dan disebabkan aku ni terlampau berbakat seni, makin hensem balak aku lepas dikerjakan. Muahahaha (^_^)\/
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Baru pas on call, dia cakap masa tengah perang mana boleh main mesej. Nanti mati laaa...Ceh! Cakap macam dia tengah menembak kat perang dunia kedua je. Perang ekau tu boleh pause la -_-

Padan muka awak Encik Abdullah Zaini!



Motivasi untuk student tahun akhir yang plan nak kahwin after grad

Selalu aku rasa tertekan sebab high expectations daripada orang lain.

Tapi hari ni aku baru kononnya tersedar bahawa selama ni aku strive hard bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Just imagine when you get low mark in your exam, when all people console you, do you feel better? Yes, for a while. Tapi nanti bila nak tidur, teringat-ingat la balik. Kan? So, memang sebenarnya diri sendiri yang berkehendak tinggi-tinggi kelapa bali begitu.  

Para Para Sakura sekalian,

Memang korang akan rasa setahun tu macam kejap, tapi macam lama kan? Normal la tu.  Otak student memang terer putar-belit. Masa orentasi universiti, bila kena buli ngan fasi, korang rasa sungguh damn sebab lambat lagi nak habis belajar. 

Bila dah tahun akhir, korang akan slumber cakap kat junior, "Chill la babe. Pejam celik kejap je habis." 

Tapi bila korang sembang ngan coursemate, "Boleh tak malam ni tido, esok bangun terus dah grad?" 

Coursemate pon berkata, "Kau rasa berus jamban tu pahit ke payau?" 

Korang patut balas, "Kalau kau nak tau sangat, aku ambikkan nak?"

Haha...Aku terer bab menjawab ni. Jangan berani coba-coba. Jangan give up. Teruskan target tinggi-tinggi ke bulan. Kalau tak dapat pon, at least korang akan  bersidai-sidai di celah bintang!

Purpose korang usaha sampai nak tercabut rahang ni adalah untuk masa depan jugak. Di samping tu, dah tak payah susah-susah buat plastic surgery untuk reshape muka. Isk...Aku google, untuk ubah muka yang petak ke bujur, doktor akan kikis tulang rahang or cabut terus! Scary..kalau tetibe kena penampar arab dah takde protection dah.

Ok dah lari topik T_T

Hurm...hurm...Para Cikura dan Cikaro sekalian,

Anggap saja korang belajar dahsyat-dahsyat ni adalah untuk:
  1. Secure a post at international oil and gas company, gaji bayar dalam USD.
  2. Buat wedding yang grand. Tak perlu pecah kepala nak bajet. Pilih je memana design yang korang suka dari katalog.
  3. Beli aset sewenang-wenangnya seperti banglo dua tingkat setengah. Tengok signboard tepi highway, parking tepi, terus call lawyer untuk setelkan proses selebihnya.
  4. Honeymoon di tempat paling romantik di dunia. Tak perlu aktiviti adventurous sebab itu lain kali saja. Tido resort 5 bintang yang ada private pool, private kitchen, segala-gala yang private lah.
  5. Hobi masa lapang ialah main golf, go-kart, naik kuda, weekend pegi shopping kat Singapore dan tak hesitate masuk LV boutique kat Orchard Road.
  6. Dan banyak lagi!

Walaupon korang akan berkata, "In your dream!"

Aku akan balas, "Konpem tak nak ikut?"

Ahahaha...

Kan aku cakap, biar mimpi sampai ke bulan. Tapi kan, bukan ke kita akan jumpa bulan dulu baru jumpa bintang? Patutnya terbalikkan la idiom tu.

Memang la tak realistik dan terlalu optimis, tapi at least kalau korang tak ke laut sekarang, ade la sipi-sipi nak sama dapatnya nanti. Kan?

Dan jugakkkkk, final year student mentang-mentang duit Mara banyak, jangan nak membazir tak ketahuan, simpan duit tu supaya nanti on the graduation day itself, boleh la korang propose kat parents untuk risik-risikan dan tunang-tunangan. Ewahhhh....hehe. 

"Papa, Hanim ada 10 ribu ni, boleh la buat kenduri kesyukuran ngan majlis tunang sekali. Eh...sasul plak."

Sedap sikit ayat kan? Kalau korang takde duit, berani ke? Berani? 

"Papa, anakmu ini miskin harta tapi kaya budi bahasa. Jadi bolehkah kiranya anakmu menikah?"

Papa akan menjawab, "Oh anakku, walau indah budi bahasamu, indah lagi selipar Jepunku."

Haishh....duniawi. Ukhrawi nya ke laut. 

Para padaiyappa sekalian,

Sebagai penutup, bersabar lah menunggu hari itu. Hari korang akan diijabqabulkan dengan cikura dan cikaro sekalian. Buat masa sekarang, tuntut lah ilmu, simen lah otak supaya kedap udara agar tak bocor masa exam, score well dalam your last paeeeeperrs, pastikan saving ada.

Lepas grad nanti, tuntut lah pula janji Allah di mana akan dipermudahkan oleh-Nya pemuda yang ingin bernikah. Amin ya rabb al-'alamin.

InsyaAllah...jodoh kita tak ke mana =)



Trauma zaman sekolah

Sape takut nak pegi jumpa doktor gigi?

AKU! Homai...dah lalu sebelas kali depan klinik gigi pon belum tentu aku confident nak masuk. Ini semua berpunca dari pengalaman tak berapa nak pahit di zaman sekolah dulu. Sebenarnya aku takut rasa ngilu-ngilu masa dia nak bersihkan gigi tu. Tak kisah la dia guna angin ke air ke, ngilu tu aku rasa sampai  ke lapisan gusi yang ke lapan! 

Sekarang ni gigi takde la masalah besar. Just orang asik sebut-sebut scaling ni aku teringin jugak la nak mencuba. Benefits dia memang tok sah citer la kan. Bagi la sembilan pon, tapi seram tu tetap ada. Bila aku tanya sakit ke tak, diorang pon bercerita la macam mana doktor buat. Tapi yang aku bayangkan memang ngeri-ngeri belaka.

Last sekali aku pegi jumpa dentist masa kat Jemen dulu. Time tu ada insurans. So daripada membazir bayar insuran monthly, kitorang ramai-ramai decide nak pegi dentist. Itu pon orang lain pegi dulu. Pas aku interbiu-interbiu, baru tok guru mai. Haha. Kat Jemen pakai bius. Doktor cucuk gusi dengan syringe yang bapak besar, pastu kau akan rasa kebas sampai nak bukak mulut sendiri pon tak upaya. So doktor akan letak alat untuk mulut kau stay nganga. 

Plus kau tak yah kejap-kejap bangun ludah. Ada nurse cun yang akan pegang alat penyedut air liur. Pastu doktor tu akan buat suka hati kat mulut kau tanpa belas kasihan. Gerudi ke hape ke, kau just akan rasa gegar je. Takkan sakit langsung!

Kat sini, even kat tempat swasta yang mahal pon aku tak sure sakit tu ada ke tak. Tapi kalau aku tak try mana nak tau kan. Cuma nak try tu seram sejuk. Dulu masa sekolah, saper kena panggil time kelas beserta kad hijau tu, mula lah langkah dihayun longlai. Bila dah abis, bila nurse suruh panggil kawan lain beserta kad hijau mereka, berdesup aku sampai kelas. Haha. Tak sabar nak kenakan orang lain plak =D

Well, aku kena jugak pegi. Salah satu persediaan pengantin nanti ialah pegi dentist. Kalau pegi lewat, kalau ada prob, tak sempat plak nak touch up dah. Naik sem ni aku bertekad nak pegi kat Lita Alis sebelah umah tu. Tempat mahal mesti tak sakit kan? Hopefully....



Korean slim and slender legs secret

I am in denial state.

Now I know that I can never have Korean beautiful slim legs because I have a pair of muscular calf. It may result from the cardiovascular exercises that I have been doing for the past 16 months. I have been dreaming to have the SNSD legs without knowing that almost all Korean and Japanese celebrities have undergone a process called Calf Reduction Surgery.

This kind of surgery is so popular in Korea and Japan that even the Caucasians are craving for their plastic surgeons. It sounds like a matter of life and death surgery but in fact, it is just a simple process. According to my research, the process involves inserting a sharp needle-like instrument surgically into the calf area and severing certain nerves which will cause excess muscles to relax, or rather be said to be dead, and later naturally reduce in size. 

They say that almost 80% of the mass will be reduced and the remaining muscle is just enough for the women to continue their daily activities. Here, let me show you the typical before and after pictures of a doesn't-matter-what's-her-name's calf. 


The left one looks like mine. The Korean plastic surgeon say that Asian women have shorter legs and thicker calves than the Caucasian. But I still wonder if actually ALL the Korean celebrities have this kind of surgery and get their muscles 'relax'. Haishhhh...


Here is another picture. Do you see the red dots on the right side? I think those are the needle marks that are used in the surgery. They are so tiny like an insect bite that I bet would not leave any visible scars. The process seems so easy right? And it is cheap. However, it takes months to recover. And believe me, recovery sucks.

But the phrase 'severing the nerves' scares me as nerves are not there for nothing. Although initially I thought that they would cut your legs open and remove 1kg of muscle each side, I still find these sharp needle-like things creepy. 

So, I think it is best to set a new target. I still want to get rid of the inner thigh fat so that  my left and right thighs would split. But as for the calf, people know when your calf is built of fats or muscles. 

But they say, wearing heels can cause your calf to be bigger and thicker since all of the forces are focussing on the balls of your feet. This is quite a conflict. So do not walk wearing heels, but walk using your heels, not your balls. Understand? Just try now.

Have you tried it? Weird huh?

Anyway, I found a short video on Youtube but maybe, the technology has been advanced that they are using alternating current to kill the muscle. It seems painless but somehow, when I heard the beep-beep sound, and I watched the muscles got weakened, I feel sad. Just imagine you watch the Cerekarama and there is a scene where people dies in ICU with the beep-beep sound, like that la...So heart touching. 




The conclusion is, I love my muscles and I will not let them experience any injustice. Thank you for reading.



Tuan...jangan saman saya

Hai guys!

Excited nak cakap aku dah ada kat home sweet home. Tapi ni baru sampai kat persinggahan je..nanti Friday baru balik Perlis saing ngan mama. Mama pon dah tak larat nak ulang-alik keje kat Sg Petani, wikend balik Perlis. Tu yang die bercita-cita nak pencen awal tu.

Semalam gerak dari Bangi dalam pukul 3.30 petang. Berhenti solat sambil isi minyak kat Gunung Semanggol pukul 6.30 petang. Masa tu aku dah impress dengan kecargasan diri drive kete. 3 jam dari Bangi dah sampai situ. Fine la..pkul 7.10 malam dah setel sume aku pon gerak. Papa kol aku pukul 7.20 malam tu, aku cakap la baru 10 minit gerak dari Semanggol. Then die cakap sejam lagi sampai la umah mama.

Nak dijadikan bukti kecargasan aku lagi, aku sampai umah awal 20 minit dari jangkaannya. So total perjalanan termasuk rehat dan rawat ialah 4 jam 30 minit. Aku selalu dengar papa cakap naik CRV 4 jam je pegi KL. So aku sangat berbangga dengan kete comel aku. Haha. Aku cakap kat Mr. D pon die syak aku bawak laju. Laju tak laju mana laaaa...

Alhamdulillah...sepanjang aku drive dari Bangi balik ke Perlis sorang-sorang ni Allah pelihara dengan menjauhkan musibah. Niat bermusafir untuk balik jumpa mak ayah, berhenti solat, Insyaallah lancar. Kete aku bukan in good condition sangat. Dah banyak kali dah, elok je aku sampai umah, jap lagi nk start balik enjin, dah tak boleh. 

Ari tu aku balik sampai SP, tukar kete ngan papa sebab ade prob ngan brake. Esoknya papa nak balik,  kete terbehenti kat tengah jalan betul je kat simpang nak keluar taman. Tow ke kedai terdekat, rupenye gearbox pecah. 

Last time balik, brake buat hal lagi. Kau bayangkan kat round about semut-semut je kete aku nak gerak. Nak cecah 20 km/hr pon rpm dah sampai 5000. Nasib baik ade satu bengkel tu tau masalah dan sudi bukak tengok brake pump. Bearing hancur, pump kembang. Sebelum ni kedai nak service je. Tukar brake pad 1000 kali pon kejap je haus. 

So apa yang aku nak cakap sebenarnya ialah, dengan condition kete aku macam tu, tanpa rahmat Allah aku takkan selamat sampai dengan jayanya. Kete kat highway masing-masing mengaum dengan hebatnya. Kalau kete aku tetibe stop tengah highway tu tak ke melambung-lambung ke gaung? Alhamdulillah...berkat doa sendiri dan doa mak ayah, aku sampai juga.

Semalam kat highway ade dua eksiden. Kan hujan lebat. Hujan pon tak kuasa aku nak ikut belakang lori yang bawak 80 km/hr je tu. So duk lane kanan, bawak berpandukan line putih. Nasib baik first time bawak kat highway ngan papa dulu hujan. So dah boleh bertenang kalau tak nampak pape kt depan. Yang penting, line putih tu harus nampak, dan juga lampu kete lain. 

Tak kisah la lelaki or perempuan yang bawak kete, ade je lelaki yang tak cekap bawak sampai pagar depan umah pon nak langgar kan, yang penting aspek keselamatan. Para pemandu semua ada mutual understanding tentang sape nak pegi dulu, sape kemudian. So jangan la buat perkara luar tabie di jalan raya. 

Ouh btw, semalam berjaya cucuk kete wira kat highway. Nak makan angin bawak la kat tepi. Aku yang dari KL takde maknanya nak tengok bukit-bukau tu sangat. Lepas kuar bengkel ni, 140 km/hr no hal la. Haha...roadtax aku dalam beberapa hari nak kena renew. Kita tengok saje lah nanti ye berapa ekor saman aku kutip sepanjang jalan. 

Sekarang boleh la cakao besar kan. Betul-betul ada saman nanti baru ketaq lutuit. Bulu kalau laku takpe jugak. Harap-harap la takdeeeeee...amin.





What I did after exam, sambung raya la...haha

Hey you guys....have you been good? Well, exam mode is so damn gone! 

Haha...semua orang of course la happy nak mampus kalau exam dah abis. So do I. Jadi apa lagi, before drive balik Perlis, memang plan nak enjoy kaw-kaw! Sebab last 2 weeks kan dah balik celebrate raya. So macam it's okay kot balik lewat sikit kan. Haha.

Lepas abis exam kitorang pegi makan ayam penyet lagi! Gilo lah..makcik tu letak dadah ke ape. Makan banyak okay! Lain kali aku nak hire videographer lah untuk buat video masa aku makan supaya menjadi peringatan di masa akan datang. Tengok ulang tayang sendiri makan mesti gerun. 

Then ari ni aku pegi open house rumah balak dak umah kat Bandar Seri Putra. Ntah camne ejaan sebenar. Makan banyakkkkkk jugak. Ada nasi briyani, sate, laksam, pulut kuning, nasi impit dan kuih raya. Serius aku melantak macam-macam. Abis diet aku sepanjang berpuasa ritu. Kenot resist maaa...

Sebelum makan sempat jugak la snap beberapa keping gambar. Nk tengok gambar tak? Eden pakai baju raya wooo...kaler dah la macam signboard jalan je. Redha je la ek...layankan....zassss....




Ehsan Mat Ju amikkan gambar, mula-mula malas nak bangun berdiri.



Pastu kena paksa berdiri jugak untuk dapatkan angle baik. Ni la adik-adik manis yang hari-hari tengok muka masing-masing dah nak dekat dua tahun dah. HaHa.



Ayu dop? Speechless kan? gagagagaga =)



Ni after makan bila ruang depan dah clear ngan makcik-makcik sume. Kitorang plak amik port shooting. Bese la...makcik-makcik bukan shooting lama pon kan....



Finally ini lah dia pose terakhir sebelum balik. Sempat lagi tuh...Terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kitorang datang. Rumah cantik. Tapi macam banyak lagi kosong. Agak-agak sempat kot aku rembat satu nanti. Ahaha.


Btw, sume gambar ni diambik dengan Ipad 3. Serious memang nice upgrade dari Ipad 2. Macam mana aku tahu pasal Ipad 2? Ouh...ritu kedai tu tersalah bagi Ipad 2 untuk price Ipad 3 kat aku. So sempat la aku pakai dalam 3 minggu. Then seb baik aku curious nak tahu pasal beza Ipad 2 ngan Ipad 3. Terus kol papa about that and nak dijadikan cerita, resit tu missing in action. Mana ntah aku campak. Serious macam ghaib tetiba. Seb baik papa kalau bab berdiplomasi ni the best. So walaupon abang tu putar belit kona segala macam, papa yng ohsem berjaya membawanya pulang ke pangkal jalan. HaHa. 

So dapek lah eden merasa kedua-duanya....Cuma yang Ipad 3 ni stock takde kaler putih. Hitam pon hitam la...plus, aku rasa bila frame hitam ni, display dia bertambah cantik dan terang. Pape pon, hitam ke putih, bendanya dah memang ohsem laaaaa...lalala. Hati gumbira dah abis exam. Taun depan grad dah boleh tawen ler...hihihi 



Nasi Ayam Penyet terbaik di Bangi RM 6 jer

Assalamualaikum...

Lama bangat aku tak hupdate. Maklum la dah nak final year ni banyak projek yang nak kena submit serentak. Then esok dah start paper final aku. Ya Allah...permudahkanlah urusan ku.

Ok, actually short update kali ni nak suggest warung nasi ayam penyet best kat Bangi ni. Rasanya warga Bangi ni dah familiar ngan Wang Solo dan AP. Aku pernah pegi sekali je ke dua kedai ni.

Wang Solo bagi aku tak genuine la sambal ayam penyet die. Tak de moisture langsung plus biji cili tu bersepah-sepah die curah kat atas ayam aku. Then sambal die pedas giler spesis cili yang tak tumis habis. Even dah asing pon pedas tu dah meresap dalam ayam. Tapi ramai je orang...maybe diorang suke sambal ayam penyet style sambal belacan melayu tu. Price plak more than RM10 rasanya satu set.

AP plak average la..cuma ayam goreng die sejuk, means dah lama goreng. Sambal die better daripada Wang Solo. Bagi aku la...ade la ciri-ciri indon sket. Price RM10 plus jugak. Even die boleh diterima tekak la jugak kan, tapi untuk pegi lagi tu tidak la.

Kerana......

Ada yang lebih sedap daripada itu!

Die warung je. Plus yang meniaga tu memang indon. Pendek kata memang kedai tu kat kawasan hostel pekerja indon. Tempatnya di Seksyen 4 sebelah Petronas. Kalau tak silap nama hostel pekerja kilang tu ialah Sri Ayu. Serious sedap! Harga plak RM6 je. Murah la bagi nasi ayam penyet. Sekali datang kau mesti nak pegi lagi....jika dan hanya jika kau tak kisah makan warung.

Layan gambar dulu.


So ni la full set yang korang dapat dengan RM6 tu. Kalau nak tmbah tempe, sayur, nasik or sambal takde extra charges. Kalau nak bantai ayam extra, ade la tambah.



Ayam + Kobis + Tempe + Pucuk ubi + Timun + Sambal sedap
Ayam die bila orang order baru goreng. Tapi die dah half cooked la...So takde la lambat dapat.




Encik B cakap tak yah tangkap gambar lama-lama sebab die dah lapar.




Lepas cedok ke pinggan sendiri, kerana gentleman lalu dicedoknya ke pinggan aku pula. Portion of course 1/3 dari portion die. HaHa.




Konon seni la ni gambar senget-benget. Aku paksa gak die snap sekeping sebelum makan. Agaknye dah lapar sangat, asal boleh je pegang kamera. Tapi turns out macam ok la...ade seni sket.

Tapi korang beware, pucuk ubi ngan kobis memang ade angin. So kekadang perut aku tak tahan, memang kembung je perut sampai esok. Tapi itu tidak langsung mematahkan semangat untuk melantak di situ lagi. Eheh =)

Just in case korang nak pegi, kat situ ade dua kedai ayam penyet sebelah-menyebelah. Yang sedap tu sebelah kiri. Sambal die pedah manis gitu. Aku suke. Tak tau la korang camne. Kalau kedai sebelah lagi tu orang kureng sket. Maybe sambal die tak berapa kick. Tak pedas tapi manis. So tak feel. HaHa. 

Cumanya air kat situ memang mahal sket. Tapi still harga warung. Air kosong 40 sen. Teh o ais RM1.50....Tak banyak choice pon. Juice takde ye...Kalau nak pegi, set dalam kepala nak jadi typical malay yang makan pakai tangan je k. 

Ouh..dah lewat. Sok exam dah. Selamat malam semua...Have a nice day =)