Tuan...jangan saman saya

Hai guys!

Excited nak cakap aku dah ada kat home sweet home. Tapi ni baru sampai kat persinggahan je..nanti Friday baru balik Perlis saing ngan mama. Mama pon dah tak larat nak ulang-alik keje kat Sg Petani, wikend balik Perlis. Tu yang die bercita-cita nak pencen awal tu.

Semalam gerak dari Bangi dalam pukul 3.30 petang. Berhenti solat sambil isi minyak kat Gunung Semanggol pukul 6.30 petang. Masa tu aku dah impress dengan kecargasan diri drive kete. 3 jam dari Bangi dah sampai situ. Fine la..pkul 7.10 malam dah setel sume aku pon gerak. Papa kol aku pukul 7.20 malam tu, aku cakap la baru 10 minit gerak dari Semanggol. Then die cakap sejam lagi sampai la umah mama.

Nak dijadikan bukti kecargasan aku lagi, aku sampai umah awal 20 minit dari jangkaannya. So total perjalanan termasuk rehat dan rawat ialah 4 jam 30 minit. Aku selalu dengar papa cakap naik CRV 4 jam je pegi KL. So aku sangat berbangga dengan kete comel aku. Haha. Aku cakap kat Mr. D pon die syak aku bawak laju. Laju tak laju mana laaaa...

Alhamdulillah...sepanjang aku drive dari Bangi balik ke Perlis sorang-sorang ni Allah pelihara dengan menjauhkan musibah. Niat bermusafir untuk balik jumpa mak ayah, berhenti solat, Insyaallah lancar. Kete aku bukan in good condition sangat. Dah banyak kali dah, elok je aku sampai umah, jap lagi nk start balik enjin, dah tak boleh. 

Ari tu aku balik sampai SP, tukar kete ngan papa sebab ade prob ngan brake. Esoknya papa nak balik,  kete terbehenti kat tengah jalan betul je kat simpang nak keluar taman. Tow ke kedai terdekat, rupenye gearbox pecah. 

Last time balik, brake buat hal lagi. Kau bayangkan kat round about semut-semut je kete aku nak gerak. Nak cecah 20 km/hr pon rpm dah sampai 5000. Nasib baik ade satu bengkel tu tau masalah dan sudi bukak tengok brake pump. Bearing hancur, pump kembang. Sebelum ni kedai nak service je. Tukar brake pad 1000 kali pon kejap je haus. 

So apa yang aku nak cakap sebenarnya ialah, dengan condition kete aku macam tu, tanpa rahmat Allah aku takkan selamat sampai dengan jayanya. Kete kat highway masing-masing mengaum dengan hebatnya. Kalau kete aku tetibe stop tengah highway tu tak ke melambung-lambung ke gaung? Alhamdulillah...berkat doa sendiri dan doa mak ayah, aku sampai juga.

Semalam kat highway ade dua eksiden. Kan hujan lebat. Hujan pon tak kuasa aku nak ikut belakang lori yang bawak 80 km/hr je tu. So duk lane kanan, bawak berpandukan line putih. Nasib baik first time bawak kat highway ngan papa dulu hujan. So dah boleh bertenang kalau tak nampak pape kt depan. Yang penting, line putih tu harus nampak, dan juga lampu kete lain. 

Tak kisah la lelaki or perempuan yang bawak kete, ade je lelaki yang tak cekap bawak sampai pagar depan umah pon nak langgar kan, yang penting aspek keselamatan. Para pemandu semua ada mutual understanding tentang sape nak pegi dulu, sape kemudian. So jangan la buat perkara luar tabie di jalan raya. 

Ouh btw, semalam berjaya cucuk kete wira kat highway. Nak makan angin bawak la kat tepi. Aku yang dari KL takde maknanya nak tengok bukit-bukau tu sangat. Lepas kuar bengkel ni, 140 km/hr no hal la. Haha...roadtax aku dalam beberapa hari nak kena renew. Kita tengok saje lah nanti ye berapa ekor saman aku kutip sepanjang jalan. 

Sekarang boleh la cakao besar kan. Betul-betul ada saman nanti baru ketaq lutuit. Bulu kalau laku takpe jugak. Harap-harap la takdeeeeee...amin.





2 comments:

Anonymous said...

bayar saman pakai bulu tu mewah hidup nanti. keh keh

Feezah Hanimoon said...

Kalau bulu tu laku...bukan setakat saman, eden beli banglo sebijik. Haha.