Manusia dan game menembak

Manusia bernama Abdullah bin Zaini itu memang suka main game kat tab. Tension aku! Lepas beli tab ni, tetibe dia beli porch baru. Besar plak tu, sebabnya nak muatkan tab 7 inch dia tu laaaa....

Pegi makan pon bawak tab wooo sekarang. Lepas makan je main game tembak-tembak. Makin besar ke makin kecik balak aku ni?? Mentang-mentang orang teknologi maklumat, kalau korang campakkan dia dalam perigi buta, jangan lupa campakkan sekali tab dia tu ye. Selimut bantal tak payah pon takpe.

Pastu tadi aku mesej tanya dah makan lum. Dia balas belum, budak umah tengah goreng ikan, rehat-rehat la dulu. Amboi...suh rehat plak. Padahal aku takde pon pegi menoreh ke ape petang tadi. Haishh...saje je la aku tanya dia tengah buat ape kan. Rupanya tengah main game! 

Pandai yer suh rehat-rehat tenangkan fikiran, padahal dia tak nak diganggu sebab tengah main game! Ceit!

Korang kalau ada balak celik IT ni memang la senang. Laptop jahanam je antar kat dia. Tapi, kalau la ada gadget baru depan mata dia, jenuh la nak menunggu jakun dia tu habis. Kalau aku bagi buku teka silang kata, nak buat semuka pon setahun amik masa. Kalau sudoku apa tah lagi weh =(

Disebabkan mood aku sekarang tengah hepi giler...jadi aku rajin plak nak mengedit gambar dia dan disebabkan aku ni terlampau berbakat seni, makin hensem balak aku lepas dikerjakan. Muahahaha (^_^)\/
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Baru pas on call, dia cakap masa tengah perang mana boleh main mesej. Nanti mati laaa...Ceh! Cakap macam dia tengah menembak kat perang dunia kedua je. Perang ekau tu boleh pause la -_-

Padan muka awak Encik Abdullah Zaini!



4 comments:

Abdullah Zaini said...

Den tgh slmtkn dunio. Sapo laei yg ekau harapkan selain den ni. Dah ramai penjahat yg den bunuh. Patutnya ekau bersyukur dpt perwira mcm den ni ha. Hehe

Feezah Hanimoon said...

ha..elok la tu den mekap ekau macam sang wira yang bijaksana! hehehe..rondam ajo tab ekau tu dalam air panas. mati la semuo penjahat dunio tu. muahahaha.

adham said...

Jangan ganggu kami (kaum lelaki) yang tengah main video game! *muka separa serius*

Feezah Hanimoon said...

wah..dehe memberi amaran nampak.

kalau main dinerdash boleh la join skali. ini tak...game bunuh-bunuh juge nak main. memang berjiwa pembunuh bersiri!