Motivasi untuk student tahun akhir yang plan nak kahwin after grad

Selalu aku rasa tertekan sebab high expectations daripada orang lain.

Tapi hari ni aku baru kononnya tersedar bahawa selama ni aku strive hard bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Just imagine when you get low mark in your exam, when all people console you, do you feel better? Yes, for a while. Tapi nanti bila nak tidur, teringat-ingat la balik. Kan? So, memang sebenarnya diri sendiri yang berkehendak tinggi-tinggi kelapa bali begitu.  

Para Para Sakura sekalian,

Memang korang akan rasa setahun tu macam kejap, tapi macam lama kan? Normal la tu.  Otak student memang terer putar-belit. Masa orentasi universiti, bila kena buli ngan fasi, korang rasa sungguh damn sebab lambat lagi nak habis belajar. 

Bila dah tahun akhir, korang akan slumber cakap kat junior, "Chill la babe. Pejam celik kejap je habis." 

Tapi bila korang sembang ngan coursemate, "Boleh tak malam ni tido, esok bangun terus dah grad?" 

Coursemate pon berkata, "Kau rasa berus jamban tu pahit ke payau?" 

Korang patut balas, "Kalau kau nak tau sangat, aku ambikkan nak?"

Haha...Aku terer bab menjawab ni. Jangan berani coba-coba. Jangan give up. Teruskan target tinggi-tinggi ke bulan. Kalau tak dapat pon, at least korang akan  bersidai-sidai di celah bintang!

Purpose korang usaha sampai nak tercabut rahang ni adalah untuk masa depan jugak. Di samping tu, dah tak payah susah-susah buat plastic surgery untuk reshape muka. Isk...Aku google, untuk ubah muka yang petak ke bujur, doktor akan kikis tulang rahang or cabut terus! Scary..kalau tetibe kena penampar arab dah takde protection dah.

Ok dah lari topik T_T

Hurm...hurm...Para Cikura dan Cikaro sekalian,

Anggap saja korang belajar dahsyat-dahsyat ni adalah untuk:
  1. Secure a post at international oil and gas company, gaji bayar dalam USD.
  2. Buat wedding yang grand. Tak perlu pecah kepala nak bajet. Pilih je memana design yang korang suka dari katalog.
  3. Beli aset sewenang-wenangnya seperti banglo dua tingkat setengah. Tengok signboard tepi highway, parking tepi, terus call lawyer untuk setelkan proses selebihnya.
  4. Honeymoon di tempat paling romantik di dunia. Tak perlu aktiviti adventurous sebab itu lain kali saja. Tido resort 5 bintang yang ada private pool, private kitchen, segala-gala yang private lah.
  5. Hobi masa lapang ialah main golf, go-kart, naik kuda, weekend pegi shopping kat Singapore dan tak hesitate masuk LV boutique kat Orchard Road.
  6. Dan banyak lagi!

Walaupon korang akan berkata, "In your dream!"

Aku akan balas, "Konpem tak nak ikut?"

Ahahaha...

Kan aku cakap, biar mimpi sampai ke bulan. Tapi kan, bukan ke kita akan jumpa bulan dulu baru jumpa bintang? Patutnya terbalikkan la idiom tu.

Memang la tak realistik dan terlalu optimis, tapi at least kalau korang tak ke laut sekarang, ade la sipi-sipi nak sama dapatnya nanti. Kan?

Dan jugakkkkk, final year student mentang-mentang duit Mara banyak, jangan nak membazir tak ketahuan, simpan duit tu supaya nanti on the graduation day itself, boleh la korang propose kat parents untuk risik-risikan dan tunang-tunangan. Ewahhhh....hehe. 

"Papa, Hanim ada 10 ribu ni, boleh la buat kenduri kesyukuran ngan majlis tunang sekali. Eh...sasul plak."

Sedap sikit ayat kan? Kalau korang takde duit, berani ke? Berani? 

"Papa, anakmu ini miskin harta tapi kaya budi bahasa. Jadi bolehkah kiranya anakmu menikah?"

Papa akan menjawab, "Oh anakku, walau indah budi bahasamu, indah lagi selipar Jepunku."

Haishh....duniawi. Ukhrawi nya ke laut. 

Para padaiyappa sekalian,

Sebagai penutup, bersabar lah menunggu hari itu. Hari korang akan diijabqabulkan dengan cikura dan cikaro sekalian. Buat masa sekarang, tuntut lah ilmu, simen lah otak supaya kedap udara agar tak bocor masa exam, score well dalam your last paeeeeperrs, pastikan saving ada.

Lepas grad nanti, tuntut lah pula janji Allah di mana akan dipermudahkan oleh-Nya pemuda yang ingin bernikah. Amin ya rabb al-'alamin.

InsyaAllah...jodoh kita tak ke mana =)



4 comments:

Anonymous said...

yup. ada jodoh tak ke mane. semoga dipemudahkan. amin.

Abdullah Zaini said...

Amin(^___^)

adham said...

Mana butang 'like' ?

Feezah Hanimoon said...

dehe..kan ade kat ataaaasss skali =)