Six Major Things That I Learned This Year

This would be most probably my last entry this year. For that, I want to summarize what fate has taught me during this whole 2010. I am turning 24 next year and although my life is almost surrounded by energetic youths, I will not ever hesitate to tell them about my story any more. Well, people respect an older person. So it's a good thing to gain respect from them right? HaHa. I don't mind if they want to call me sis because obviously we have a generation gap there. Plus I feel so much more alive for not just being respected but also being loved. Am I talking crap here? NoNoNo.

For example, my housemates Anisah and Jiha and Hanis. Although we're not living in the same roof any more, we hug each other when we met. Friendship do offer the unbounded L word. Don't you think so? But please...do whatever in your habit. Don't start calling me Kak Moon for no reason after this.

Ok, back to the summary of 2010.


1. Do not give up when the correct time comes!
I don't understand what the lecturers taught during my study in Coburg and unfortunately, I didn't ask. Until one fine day I no longer had a control of myself and let everything happened with the flow. I did anything that please me and neglect everything unpleasant. At that time, I didn't dare to imagine my bright future since I was confused of my current state. Seems like there was no hope but I still hanged in there.

2. Please give up when the correct time comes. You know your self and your limit!
When they said, you had been kicked out from here, I said "Ok fine!" I always hated to be there and now, He had granted my wish and I decided to go back home. I said, "Papa, I will not waste my time and money anymore, so I wish to start over at the age of 23. I don't think that I'm ok with repeating papers and extending semester by semester just to graduate with the worst passing grade there." No offense guys. I didn't really say that to my dad la.

3. Do not be ashamed of your failures as it might be a lesson to the others!
People, if you're curious about me, I welcome you to step forward and ask. I will tell you how can I be here with you, young boys and young girls. After that whenever we meet, please do not ask again and again as I easily get fed up with you. I don't care if you have short term memory loss. Siaran ulangan berbayar!

4. Everything can be solved efficiently. It just a matter of time.
I always get panic attack when shit happens. Sometimes I behave like a child who just broke her mom's Vantage glass. Ok, my mom would kill me for that. Or a girl who just printed a document on a new car grant. Everything can be solved. My mom would just have an intention to kill me but decide not to do it and my dad just pay extra 50 dollars to get another new grant. End of the story.

5. When you lost your belongings, it's still not the end of the world okey!
I left my 2000euro cash with my wallet on the plane. My head went blank but I did everything to get it back. But once you left something behind after you get out, you won't even have a slightest chance to smell it again. There are some people who have not been taught of morality and good deeds. Don't ever blame the fate. Once you accept things, definitely after that He will confer you more than you need.

6. Do not say that your boyfriend is so good looking in front of somebody's girlfriend.
If you say it out loud so many time,then people will get bloody irritated. You may be the only person on earth who found him so cute and adorable okey. I found Encik Dol so cute, adorable and irresistible. Even my best best best friend found her boyfriend cuter, more adorable and more irresistible than mine. And we don't curse each other for that pon. Kan?


It's eleven o'clock at night. I need to do some homeworks. Happy New Year 2011 guys. I hope you guys did learn something from your unique experiences. Please forgive me if I did unpleasant things to you and I wish you all the best wherever you are. Hugs and kisses \^o^/



Tujuh golongan di bawah naungan rahmat Allah

Two thousand ten is gonna be over in a couple of days. Countless things happened during this year and I still hope that this year goes away without any more catastrophe. Since today was a beautiful day, I guess I just wanna highlight the beautiful things that I wish I won't forget.


Number One Hitz
Back in 2005, when I first came to the scholarship interview in KL, I was amazed by the people who drove their cars smoothly in this streets. I told my high school friend that time, "Farhah, one day I will drive my car like them."

And today, I'm driving my own car next to the people once I saluted. Although when I look to the front there's a Bimmer, to the right there's a Merc, to the left there's a VW and to the back there's a DRB Hicom, I'm sure they don't mind to have a NAZA in the middle. HaHaHa. After 5 years, I'm a trully driver. Anyone wants to welcome me to the club? LOLS!


Number Two Hitz
Last semester was a hectic one. Things suddenly changed and I had to adapt to a new environment. I nearly forgot how to be a first year student at 23 when people around kept questioning my presence among them. Yes, shit happens but they give us experiences. I'm more matured now. Right?

To cut long story short, for 15 credit hours CGPA calculated is 3.80! The greatest praise to Allah for His mercy. No room for a long speech right now,but you guys might understand how I feel. I was hesitate to tell the world before but there's a chance for everybody. When there's a will, there's a way. What we need is 'istiqamah'.


Number Three Hitz
No, there is no number three. How sad... At least let me finish this entry with a beautiful ending.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Tujuh golongan yang akan berada di bawah naungan rahmat Allah S.W.T
pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya.

Pertama, raja yang adil.
Kedua, pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat.
Ketiga, lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut pada masjid.
Keempat, pasangan yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima, lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan cantik lalu berkata,
"Aku takut pada Allah."
Keenam, lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
Ketujuh, lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri hingga
mengalirkan air mata.



Mari Mengaji

Petang tadi aku pegi tasmik ngan ustazah. Sem ni ada subjek Islamic Studies. Tiap-tiap malam Jumaat plak ada halaqah kat masjid. Walaupun selalu ja rasa gatal nak ponteng halaqah tu, sebab the whole Thursday tu takde class, tapi aku sedaya-upaya melawan godaan syaiton yang direjam.

Masa halaqah lepas, naqibah suruh baca al-Fatihah untuk nak identify tahap masing-masing. Aku terkejut jugak sebab sampai umur gini, untuk tahap budak universiti yang amik pendidikan Islam dengan ayat hafazan di sekolah dulu, masih tak menguasai bacaan dan sebutan huruf yang betul. Tapi takde la terkejut sangat. Cuma tak sangka la seramai itu.

Yang aku perasan, diorang ritu baca slow betul. Maksud aku bukan baca lembap, tapi slow suara sampai aku tak dengar pastu nak kena panjangkan leher. Abis lemak-lemak di leher tertarik skali. Diorang ala-ala nak bagi naqibah je dengar. Tapi aku tengok naqibah pon dah makin anjak ke depan sebab hampir-hampir tak dengar.

Kawan-kawan sekalian. Aku tahu antara kita ni masih ada yang bacaannya tak betul. Dan yang pastinya, korang pon konpem sedar korang baca tak betul. Kalau tak, takkan la nak baca slow-slow je. Macam ada intention untuk tak nak orang lain dengar. Nape tak nak bagi orang dengar?

Aku ni dulu sekali pandang macam budak baik la jugak. Tapi makin lama, aku dah terpengaruh ngan dunia luar. Dulu kalau datang KL, memang rombongan paling hebat la. Sekarang ni naik turun KL macam ulang-alik Kangar ngn Alor Star. Iman tak kuat, hanyut lah dikau...macam aku lah.

Satu-satunya Allah tak tarik lagi ialah nikmat membaca al-Quran. Alhamdulillah.... Kecik-kecik dulu mama pakai rotan kot. Tau kan bulu ayam yang colourful tu? Benda tu dah berderai-derai sebab aku asik kena rotan je. Bukan sebab aku malas nak ngaji. Tapi sebab aku salah baca or tak reti-reti jugak walaupon semalam mama dah terangkan. Ala, ada je orang yang kena lagi teruk dari aku.

Tapi memang bulu ayam tu terbahagi 10 masa mama ajar aku kenal huruf jawi tu je. Mukasurat pertama je kot yang aku ngaji ngn mama. Lepas dah kenal huruf tu, hukum tajwid sume belajar kat kelas fardhu ain ngn Uztazah Noriah. Ustazah Noriah garang wooo... Tapi dia baca al-Quran bapak syahdu. Tangkap leleh aku kejap.

Kali pertama aku khatam al-Quran, masa tu darjah 3. Khatam sendiri-sendiri je kat rumah. Masa tu mama tak antr pegi kelas mengaji lagi. Tapi ada sekali tu tengok kawan macam best je pegi ngaji. Aku pon mintak nak join. Pegi je hari pertama, ustaz tu suruh baca setengah muka je. Esok terus tak pegi dah. Rasa offensive! HaHa. Ingat budak kecik tak reti mengaji ke? Dah la dulu ngaji memang target nak khatam je. Berjanggut la kalau sekali baca setengah muka je kan. Dah la dia tak iktiraf kalau aku baca sendiri kat rumah.

Pastu aku join kelas ngaji lain. Tapi nenek tu umur tak panjang. Aku pun tukar la ke tempat lain. Kebetulan ada ustaz baru pindah. Jadi join je la. Ni la last kelas yang aku pegi. Jeles jugak tengok budak-budak khatam je, mak diorang jamu pulut kuning. Aku pon mengada-ngada nak jugak. Aku khatam sekali je ngan ustaz tu. Mama cakap next time. Tetibe ustaz tu nak pencen la plak sebab bini die dah preggie. Bini die ajar budak-budak baca Iqra'. Adik aku si Wani tu baca ngn die la dulu.

Ok, dah bis citer pasal sejarah peradaban dunia. Apa isi pentingnya untuk entry kali ini ialah janganlah malu untuk baca al-Quran kuat-kuat. Satu family (kecuali si Boboy) memang akan baca kuat-kuat. Tak kira lah siapa pon yang tengah baca, bila ada salah je semua serentak tegur. Bukan la kitorang ni hafal ke ape, tapi boleh agak la tajwid ayat tu macam mana. Kalau dah tersasul-sasul tu, dengar la bunyi dari dapur ke, ruang tamu ke, sebelah katil ke.

Aku rasa cara ni lah yang paling berkesan untuk belajar. Kalau teori dalam kelas tu, konpem tangkap lentok sokmo. Pastu kena ketuk ngn pembaris 1 meter ustazah. Aku pernah kena, tu yang tau. HaHa. Naqibah cakap belajar hukup tajwid adalah fardhu ain. Maksudnya jatuh hukum wajib ke atas golongan yang sudah cukup syarat. Sesiapa yang tegur kesalahan hukum tajwid seseorang akan mendapat pahala sepanjang orang itu membaca dengan betul.

Jadi korang dan korang, jangan malu untuk melaungkan suara ketika mengaji. Tapi jangan jerit tak tentu pasal plak. Lagipun, kalau ngaji dengan suara ni rasa puas hati. Tak kisah la nak bawak lagu ape pon. Jangan sebab malu, sampai ke sudah tak reti. Ini la satu-satunya nasihat yang aku boleh bagi sebabnya sedar bab lain semua aku fail.

Otak aku memang dah ting tong sebab semua surah hafazan dah lupe. Dosa besar kot. Hmm...korang mesti pelik kan sebab orang cakap Arab takde la panjang sampai 6 harakat. Aku pon dulu pelik. Maybe sebab al-Quran tu puisi, jadi jauh lebih cantik dari bahasa pertuturan harian.Aku sekarang pon dah lupa jugak nama-nama tajwid ni. Takpe asalkan baca betul-betul. Hukum tajwid tu boleh touch up balik nanti.

Buat boyfriend kesayangan, sila ingat pertanyaan mama ku ini. Nanti pi jawab sendiri noh.

Hanim, Abdullah tu sembahyangnya, mengajinya macam mana? Puasanya plak macam mana?

Mama tak tanye awak punya gaji brape tau. Sama-sama lah kita perbaiki diri supaya nanti bila dah ada family, anak-anak kita tak terkontang-kanting, cuak sampai sejuk ke tulang belakang bila ustazah panggil buat tasmik ye.

Buat pembaca sekalian, kalau korang nak cakap aku ni angkat bakul ke ape ke, lantak lah. Aku selama ni pon memang tulis pakai hati je. Kan aku dah mentioned yang otak aku ting tong. Marilah kita membaca al-Quran selalu dengan bacaan yang sempurna.

Kepada ustazah Noriah, di mana pon ustazah berada, saya still cuak nak pegi kelas fardhu ain ustazah. Tapi dulu saya ponteng kelas bukan sebab takut giler ngn ustazah. Sebelum kelas start, selalu saya tangkap berudu dalam kolam ikan pastu jemur kat atas batu. Punye la tak sedar masa berlalu sebab nak tengok proses berudu tu meleper. Kalau ustazah tak caye, cuba usyar batu kolam ikan tu, mesti berlambak tompok hitam. Tu arwah berudu la tu.

Tapi kalau tetibe tengok jam dah sedar lewat 15 minit tu, memang la ponteng terus sebab cuak nak masuk kelas. HaHa. Ampunkan Mak Long!!!!! Alahai...aku memang ada gene pemangsa la. Sape yang still tak tau aku pernah bakar kucing? Persatuan pencinta binatang jangan saman ye. Aku umur 4 tahun je masa tu. Sekarang dah takut nak dekat ngn kucing. Mama cakap bulu kucing senang tanggal. Pastu budak-budak nanti asma plak. Jangan risau. Kucing bakar tu tak mati. Lepas mama rawat die, mama lepas je. Terus die phobia nak balik. Mama cakap aku start geli ngn kucing bila aku tengok kulit gondol kucing tu. Kucing, mintak ampun ye.




Nikmat S.E.K.S.

Malam ni aku nak merapu pasal nikmat S.E.K.S. Bila korang baca tajuk entry ni, mesti korang ingat aku sangap tak tentu pasal. Relaxs...Don't get too horny tonight. HeHe.

Aku sebenarnya nak crite yang aku kempunan la nak makan nasik. Hari ni seharian aku tak makan nasik. Rasa mengidam gila lah. Tengok megi tak lalu, bihun goreng apatah lagi. Dalam kepala aku, terbayang-bayang situasi memakan nasik panas bersama sardin+kentang. *drooling*

Ouh! Mee sup+daging+urat yang aku usyar kat pasar malam Seksyen 9 last week pon macam tempting jugak. Ni yang rindu nak balik makan masakan mama ni. Hari ni cakap nak makan sup tulang, esok siap. Paling demand nak makan sup ikan merah. Esok jugak mama tercari-cari mana ade jual ikan merah. Tapi nk demand pon agak-agak arr. Ikan merah bukan ada selalu. Sian Cik Jah cari ikan sampai migraine. Oh heaven on earth....I wanna be home for dinner :'(

S.E.K.S stands for Sardin with Extra Kentang and Sosej.


Sardin Kentang yang menggiurkan dan menggoncang jiwa.

Dulu-dulu, takde la minat sangat sardin sebab kalau mama masak pon, jarang die letak kentang. Tapi sejak jadi orang bujang duk umah sewa ni, housemate gila kentang, jadi sume benda nak letak kentang. Akhirnya aku pon rasa tak bleh hidup tanpa kentang. HaHa. Hyperbola melampau-lampau plak. Tapi kesahnya sekarang aku lapar nasik lauk sardin kentang. Mr. D cakap kalau makan sardin dah 2 tahun, mesti bosan. Itu lagi 2 tahun punya crite.

Sosej plak sentiasa menjadi stok simpanan dalam fridge. Boleh masuk dalam nasik goreng, buat lauk sosej masak merah, sayur goreng sosej dan lain-lain. Kesimpulannya, makanan orang bujang yang duit ptptn tak masuk lagi ni adakalanya nikmat terlampau. Sebabnya dah tau poket kosong, tak yah la demand nak beef steak atau lamb chop. *drooling*

Ape motif entry ni? Aku nak gitau korang aku tengah lapar. Asma' mesti suruh aku tido je ni. Tapi lapar susah nak lelap la. Resolutions 2011 macam susah je nak tercapai kalau begini la gayanya. Haishhhhh (-_-)




Poll Susah Pikir

I need your two cents guys. I was given a responsibility as a post manager for the ME-CE futsal team. Our team won the gold medal and I'm very proud of it. Unfortunately, the organizer only provided 11 gold medals for the team. There were 10 players including 5 reserves, a manager and a post manager. I don't know why they didn't put my name on then list. A senior player was so confident to give me that title and I'm of course ok with it. Well, I did my job well to assist the manager since she had been busy of other things before the tournament. I told her that I had another commitment during the tournament, so I hoped she could manage the team later.

Now comes to the core part of this post. I went on stage and they gave me a medal. So I just took it with an open heart. Somehow, a reserved player didn't get the medal and she didn't even come to the closing ceremony, I think. When I got home, the manager sent me an sms saying that she wants to take my medal back and give it to the player. So friends, whoever you are, please help me by doing this very short survey :



Should I surrender the gold medal?

Nak tau orang lain pikir ape?


Saya suka awak!

Crocs
Crocs ni sangat senang dipakai. Dalam erti kata lain, kalau dah lambat nk pegi class tu, kau sarung je abis citer. Boleh keluar rumah kunci gril ngn senang hatinya. Aku tibai jer crocs ni ngn baju kurung. Orang tak pandang pelik pon. Tapi kalau amalkan selalu, abis la button yang kau beli satu 2 hengget tu tetibe lesap. Sebabnya teori aku, kain kurung tu akan bergesel-gesel dan menyondol-nyondol button tu sampai tinggal tombol bawah die jer. Aku ada pengalaman la. Terus aku biarkan crocs aku gondol gitu. Patah hati dah. Beli crocs murah boleh pakai sampai lunyai, then beli baru kaler lain plak. HeHeHe.

Clutch wallet
Sebab aku aku letak perkataan wallet tu? Ouh...kalo kau google clutch, mesti kuar clutch kete tu. Tak caye try la. Tapi aku nak panggil clutch jgk. Payah seh nak sebut panjang-panjang. Clutch ni ade banyak compartment duit kertas. Macam clutch aku sekarang ni, aku boleh asingkan notes RM1 sampai la RM50. Kalau tetibe ade notes RM100, aku tumpangkan je la kat mana-mana bahagian. Jarang ade pon. GaGaGaGaGa. Tapi lepas pakai clutch ni aku jadi lebih teratur dan rajin sket untuk susun notes tu. Kalau dulu pkai purse biasa, memang selang-seli la. Kejap kaler biru, pastu pegi hijau metallic, pastu kaler merah plak. Lagi satu, clutch ni tak amik masa panjang untuk dibukak. Cepat sket nak bayau. Orang belakang pon tak maki-maki.

Printer 3 in 1 Canon
Printer aku ni best. Walaupon die besar bagak, tapi boleh fotostat ic. Kalau printer kat rumah, memang la tak makan space. Tapi bila nk copy ic, suh aku pegi kedai depan jugak. Alahai... Sekarang ni aku dah beli external ink, starter price RM120 brand Superjet. Lagi la aku print sesuka hati. Ade jugak printer 4 in 1. Tapi kau nak buat ape mesin fax tu. Kau bukan nak fax amende pon kan? Printer ini menyenangkan hidup. Last minute keje boleh setel dengan senang. I like my printer. HeHe. Dah lama kot hidup serumah. Sanggup aku bawak balik dari jauh. Kalau nak print surat sejemput pon kena beratur panjang kat kedai, leceh laaaaa...

Henpon Nokia N97 mini
Hadiah beday mestilah sukeeeee (^^,) *muka sengih sampai pipi mengembang*. Encik bf memang suke buat magik. Pastu aku plak tak reti nak cover-cover terharu. Ces! Ces! Nak citer pasal phone ni pon, review dah berlambak di Google. Tapi sesuai la untuk aku yang suka jadi cam-whore. Encik bf plak suka jadi photographer. Jadi pucuk dicita ulam mendatang la. HaHaHa. I loike! Henpon ni sekarang dah jadi sumber mp3 sebelum tido. Tapi selalu tak boleh tido sebab walaupon dah cuba pura-pura nak lali lalu tertido, lepas sejam pon tak tido jugak. Jadi aku end up nyanyi kuat-kuat. Bila dah penat nyanyi sampai tekak dah kering, baru la tutup lagu dan cabut earphone dengan rakusnya dan tido.


Aku dah lapar giler. Buat entry ni dari malam sampai ke pagi. Tapi of course la buat 2 perenggan, pastu tido 10 jam, then bangun pagi sambung lagi 2 perenggan. Letih gila semalam bersukan. Dapat souvenir lebam bola hoki kat peha gara-gara tak pakai spender keras. Keeper pon boleh injured tau. Hmm....Nak gi masak lah. Conteng benda mengarut je aku ni. Syuh-syuh!



Artikel Tentang Bulan

Korang tau kan aku sekarang tinggal kat umah tingkat 5? Kalau campur ngan level bawah skali, jadi tingkat 6 lah. Aku dah kira, nak sampai atas ni kena langkah 80 anak tangga. Ade bran nak singgah? HaHa.

Tapikan, satu kelebihan tinggal kat tingkat atas skali ni, korang boleh tenung bulan lama-lama tanpa gangguan. Tak payah susah-susah nak dongak tinggi. Bukak tingkap terus nampak tau. Of course la tanpa mendongak 90 degree.

Malam ni aku tengok bulan lagi. Kali ni bulan kat langit lain dari hari-hari biasa. Aku nampak bulan tu berbentuk macam ni :


Betul tak lain dari yang lain? Untuk pengetahuan sekalian, aku tak pusing-pusingkan gambar ni ye. Die memang cenggini dulu dan selamanya. Serious! Korang mesti tak tengok pon bulan malam ni berbentuk apa dan orientationnya macam mana.

Dah tengok tu, takkan tengok saja kan. Aku pon membuat interpretasi bahawa bulan sedang bersedih malam ini. Mungkin kerana :

  1. Bulan kini menyedari yang fungsinya hanya bersinar pada waktu malam dan menyinari sekitarnya, tapi walaupun sangat komited dengan rutinnya, takde sorang pon dari bumi yang hargainya. Betul tak?
  2. Bulan di kelilingi berjuta-juta bintang. Aku tau cahaya bulan datangnya dari bintang-bintang. Agaknya bulan kecewa kerana selama-lamanya bulan takkan ada cahaya sendiri. Bulan teringin nak ada cahaya jugak. Kesiannya... bulan tak boleh la nak jadi bintang.
  3. Bulan tengok kiri, kanan, atas, bawah, tepi, depan, belakang, takde sesapa pon. Bulan kena tinggal la tu. Mesti sunyi sepi je kat atas sorang-sorang. Ye tak?
  4. Selain bercahaya pada waktu malam, betul ke bulan memang tak boleh buat benda lain? Bila dah ada bintang-bintang yang ada cahaya lagi terang, mesti bulan tak diperlukan. Macam waktu siang ada bintang yang bernama matahari, bulan pon dah tak nampak.

Mesti ada yang tak percaya pon ni. Pegi tengok kat tingkap sekarang! Nampak tak macam yang aku nampak? Aku tak tipu korang la. Kalau still tak nampak, dongak la atas sikit sampai nampak.

Tak nampak? Tak nampak sudah lah. Takde rezeki kot.

Ok fine. Sebenarnya dari bilik aku ni, nak tengok langit pon tak dapat. Bila tengok luar tingkap, asik nampak spender ngn bra je. Jadi aku bayang la bra tu bulan, spender tu bintang. Sebab apa spender tak jadi bulan? Ouh... sebab of course la spender lagi banyak dari bra. HaHaHaHaHa.

Tapi kan, kalau aku nak list ape yang aku reti buat dengan baiknya, sekor pon takde. At least bulan menerangi bumi dengan baiknya waktu malam. Jadi bulan jauh lagi bagus kan?

Soklan cepumas :

Ada tak satu situation yang tak mungkin berlaku tanpa korang?

Aku konpem sama je jawapan cam aku. Sepuluh jam pikir pon tak dapat-dapat lagi. Noob gila lah. Lepas seratus hari pon korang mesti akhirnya cakap takde. Maksudnya, takde orang yang rasa rugi kalau korang takde. Get it?

Ok, rasa sedih sebab Mr. Boyfriend meninggalkan aku di tengah konflik ngn jiran rumah bawah tingkat 2 ni. He didn't even try to come and save me when he had the slightest chance to do it. Yes, what he said on the phone just left me speechless. Come on, takkan nak simply say takde or tak tahu. T_T

Jangan risau, die tengah kenduri kat rumah. So die takkan pernah baca pon post kali ni. Agaknye lah.





Jawapan Nak Cari Gaduh

Case 1
Sem baru semangat nak photostat buku rujukan yang tebal2. Rasa cam kat stesen bas kajang ada kedai best. Lalu berlangsung lah dialog ini.

Aku : b, kedai kat stesen bas kajang tu boleh photostat buku?

Mr. D : Ntah...boleh kot.

Aku : Camne nak g Kajang dari sini?

Mr. D : Ikut Kajang la.

dear Mr.D...kalau la i tau celah mana ikut Kajang tu, tak yah la i tanya camne nak g Kajang. Nanti u nak datang umah i ikut Mata Ayaq noh.


Case 2
Sem baru jugak, berkenalan la ngn senior yang jadi fasilitator. Tanya2 soklan ice breaking dulu. Lalu berlangsung lah dialog ini.

Aku : Nisa tinggal dalam ke luar?

Nisa : Tinggal kat luar. Tak dapat kat dalam.

Aku : Umah sewa kat mana?

Nisa : Kat Seksyen 7.

Aku : Seksyen 7 kat mana?

Nisa : Erm...Kat sebelah Seksyen 8.


cik Nisa, kalo i tau Seksyen 8 tu kat mana, konpem la i tau sebelah tu Seksyen 7. Alahai cik Nisa. Nasib baik kau gebu.




Side Parking Tak Leh Blah

Ala....bila ada orang nak ajar side parking ni ngn back parking? Tengok ni dah jadi ape. Dah macam parking orang tak tahan nak tercirit je. Orang lain tengok ni mesti gelak terguling-guling esok. Tambah-tambah kete Myvi kat belakang. Salah die la parking makan ruang melampau-lampau kan?


Sempat lagi kitorang snap gambar untuk mengenang zaman-zaman noob side parking nanti. HaHa. Takde la kuar kotak banyak mana pon kan? Sebelum ni ade side parking yang berjaya okay. Sekali je la. HuaHuaHua.


Gambar ini menunjukkan entiti yang asik nak terpacak kat tepi tu. Entiti nan sebatang ini memang ada dendam ngn aku. Kat mana aku nak cuba-cuba side parking, kat situ jugak la die nak terpacak. Aku dah ke depan ke belakang dah. Sama je. Give up!


Ini gambar yang Ecah snap dari tingkat 5. Fine! Belakang tu memang macam luas lagi. Pusing situ sikit sini sikit dah cantik. Tapi situ sini tu celah mana? Resolusi Disember 2010, mesti terer side parking ngn back parking. Tengok lama-lama gambar ni, baru perasan kehorrorannya. Kalo tengok lagi lama, rasa macam nak turun sekarang jugak pegi ubah sampai elok.


Kalaulah kete ni boleh tolak dari tepi je kan senang hidup aku. Kalau korang tengok video kat bawah ni, mesti korang cakap, "Bapak ahh!"





update #1
Housemate balik cakap nampak kete parking camcamerba.

update #2
Housemate cakap balak die gelak kaw-kaw. Demmit!





MAHA 2010

Hari Sabtu lepas adalah hari berpeleseran di MAHA 2010. Mula-mula pergi naik kete. Lepas belok kanan kat simpang depan sikit dari Hospital Serdang tu, terus kena brek sebabnya jalan jam. Kete sume gerak terkedek-kedek. Memang kepala masing-masing asik terjenguk keluar je. Bajet kau punye mata tu boleh nampak la sekilo meter kat depan.

Ade satu brader tu bawak kancil, tingkap die dah terbukak full. Agaknye panas melampau, die pon keluar kete kat tengah jalan tu macam nak cari gaduh. Last skali lepas jalan ke depan 3 langkah, patah balik masuk dalam kete. Ek eleh....Aku boleh jalan 10 langkah depan kau tau.

Hilang sabar, sejam berlalu, kitorang baru bergerak 50m, maka Mr. D terus buat lipatan maut untuk berpatah balik ke jalan yang benar. Sampai kat simpang tadi, rasa nak jerit kat kete Saga yang baru belok tu supaya lupakanlah niat tu.

Tapi semangat untuk pergi tu ade lagi. Balik umah parking kete kat side, start moto dan rempit. Aku dengan gembiranya melambai-lambai ala Paris Hilton ke setiap kereta. Parking pon kat entrance MAHA. Kalau naik kete, mesti parking nun jauh di sana. Nak jalan lagi 200m, sampai kat dataran tu konpem aku cari air sedap dulu. Dah la mahal. RM2 segelas plastik! Tawar plak tu!

Kat Maha tu ade macam-macam. Aku yang tak beli macam-macam. Oh btw, aku mengada-ngada buat lashes permanent perm kat situ. RM20 je untuk promosi. Kalau kat kedai RM49. Tapi akak tu bagi contact number die untuk direct buat ngan die. Boleh dapat harga kengkawan. HaHa.

Ok lah, ni aku jadi cam-whore jap. Maklum la, encik boyfriend suke tangkap gambau. I loike ;)


Paksa orang lain beri laluan. HaHa.


Muka aku sorang je boleh nampak dalam gambar. Paksa orang lain pandang belakang pulak.


Usyar belon yang mana satu sama macam muka Mr. D.. Cari-cari Otomen tak de plak. Mr. D sedih giler.


Tak caye? Tengok muka die, frust sebab Otomen kesayangan tidak dijual kerana kanak-kanak zaman sekarang dah tak percaya benda-benda karut gitu. HaHaHa.


Taraaaaa!!!! Berjaya pujuk Mr. D supaya jangan sedih lagi. Cakap kat Mr. D nanti jalan sampai atas boleh tengok kambing. Tapi lutut dah longgar pon kambingnya nggak ketemuin. Dalam TV cakap ade la ritu. Deym! Berita Perdana tipu!

Lupa plak nak update. Malam tu sebelum gerak balik, kitorang sempat tengok Ibnor Reza menyanyi dalam hujan renyai. Sanggup tunggu die nyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah. Touching abis T_T



Spare parts needed.

A friend of mine once said that she has a broken heart. Her ex-boyfriend cheated her with somebody else for two years before they got caught. I can see her pain when she told me the story. Her heart was terribly broken for sure.

I asked her, how can I heal a broken heart? And she replied that a broken heart is like a broken glass. It can never be healed, even if I keep trying forever. Therefore, I came out with a conclusion that my worst mistake in life was to break somebody's heart.

And the worst broken heart belongs to the one that I love the most. I blame myself and the worst part is to carry the blame for my whole life.

So simply don't break hearts.



Tips Menaiki Tangga Yang Tinggi


Sebelum naik ke tangga yang tinggi itu, korang perlu redha bahawa tangga itu memang tinggi dan fakta ini takkan berubah sampai bila-bila. Kalo korang menyumpah seranah pon tangga tu tetap kena naik kan? Takde kren berdekatan nak angkut korang naik ye.



Stabilkan diri, pastikan berat kiri dan kanan korang seimbang. Pegang barang di tangan dengan keadaan yang paling selesa. Kalo sebelah kiri pegang 3 bungkus mee sup, sebelah kanan boleh pegang lagi 3 bungkus mee hailam.



Sebaik sahaja melangkah kaki ke anak tangga pertama, tunduk ke bawah untuk melihat tangga. Selain daripada mengelakkan korang terjatuh dan tergolek ke bawah, ini juga adalah cara untuk men-psiko diri sendiri.



Jangan sesekali mendongak ke atas. Hal ini hanya akan melunturkan semangat korang dan membuatkan anda berganda-ganda penatnya. Sebabnya, nanti kalo dah pandang atas, korang akan nampak tangga tu bapak tinggi lagi. Tunduk je, selagi ada tangga tu panjat je la.



Atur langkah dengan ayu, jangan naik tangga tergesa-gesa. Kelajuan menaiki tangga mestilah sama sepanjang masa. Bayangkan bahawa badan korang ringan seperti kapas. Ok, over plak. Ringan seperti buah durian. Buah durian yang kental di luar, berlemak di dalam. Haha.



Mengikut pengalaman hari-hari menaiki tingkat 5, aku akan give up dan mendongak ke atas bila sampai di tingkat 4. Tapi masa kat tingkat 4 tu aku tengok atas, tangga dah tinggal suku-suku terakhir ja. Jadi nak berlari naik terus pon boleh.



Sesampainya di atas, serious aku tak de la semput sangat. Penat memang la tapi cukup nafas lagi. Bila masuk umah, tak yah la sampai tergolek setengah jam. Aku baru discover tips ni sejak duduk di kayangan ni. Apa yang penting, first step kena redha. Dalam semua hal pon macam ni kan.




Update Bilik Tidur Saya

A week later......


The gay couple, Dodo and Doly are on the bed, performing fellatio all day long.


Found a small nice table and look at the chair! Who says Warta has nothing? Put ya hands down please. It's really an adult chair btw.


Pink rack, pink mirror, pink hair brush, pink photos frame, pink *blush*.


And pink hand made curtain, pink bench with half naked mannequin, extremely powerful standing fan. Ala-ala kipas sate kajang.


The got-everything-orange-wardrobe. I can't find the pink/red version. So don't you think that orange may look like red a lil bit?


Been dreaming to own this since in Germany. The classic wood one would cost me 60 bugs. I found this kid version for only 30 bugs. Just grabbed it and I'm satisfied.


View from the entrance. I feel so fresh whenever I step in. I was so sleepy during the exam but now, look who's posting an entry. Haha...Psychology.


View from the corner of this room. There'll be no major change for now. Wet PT tak masyuk agi r... Kawan2, jemput la datang umah kite. Nanti kite layan lek lok. Kite suh kawan2 blanje kite ye. Hehe ;)