Korang tau kan aku sekarang tinggal kat umah tingkat 5? Kalau campur ngan level bawah skali, jadi tingkat 6 lah. Aku dah kira, nak sampai atas ni kena langkah 80 anak tangga. Ade bran nak singgah? HaHa.
Tapikan, satu kelebihan tinggal kat tingkat atas skali ni, korang boleh tenung bulan lama-lama tanpa gangguan. Tak payah susah-susah nak dongak tinggi. Bukak tingkap terus nampak tau. Of course la tanpa mendongak 90 degree.
Malam ni aku tengok bulan lagi. Kali ni bulan kat langit lain dari hari-hari biasa. Aku nampak bulan tu berbentuk macam ni :
Betul tak lain dari yang lain? Untuk pengetahuan sekalian, aku tak pusing-pusingkan gambar ni ye. Die memang cenggini dulu dan selamanya. Serious! Korang mesti tak tengok pon bulan malam ni berbentuk apa dan orientationnya macam mana.
Dah tengok tu, takkan tengok saja kan. Aku pon membuat interpretasi bahawa bulan sedang bersedih malam ini. Mungkin kerana :
- Bulan kini menyedari yang fungsinya hanya bersinar pada waktu malam dan menyinari sekitarnya, tapi walaupun sangat komited dengan rutinnya, takde sorang pon dari bumi yang hargainya. Betul tak?
- Bulan di kelilingi berjuta-juta bintang. Aku tau cahaya bulan datangnya dari bintang-bintang. Agaknya bulan kecewa kerana selama-lamanya bulan takkan ada cahaya sendiri. Bulan teringin nak ada cahaya jugak. Kesiannya... bulan tak boleh la nak jadi bintang.
- Bulan tengok kiri, kanan, atas, bawah, tepi, depan, belakang, takde sesapa pon. Bulan kena tinggal la tu. Mesti sunyi sepi je kat atas sorang-sorang. Ye tak?
- Selain bercahaya pada waktu malam, betul ke bulan memang tak boleh buat benda lain? Bila dah ada bintang-bintang yang ada cahaya lagi terang, mesti bulan tak diperlukan. Macam waktu siang ada bintang yang bernama matahari, bulan pon dah tak nampak.
Mesti ada yang tak percaya pon ni. Pegi tengok kat tingkap sekarang! Nampak tak macam yang aku nampak? Aku tak tipu korang la. Kalau still tak nampak, dongak la atas sikit sampai nampak.
Tak nampak? Tak nampak sudah lah. Takde rezeki kot.
Ok fine. Sebenarnya dari bilik aku ni, nak tengok langit pon tak dapat. Bila tengok luar tingkap, asik nampak spender ngn bra je. Jadi aku bayang la bra tu bulan, spender tu bintang. Sebab apa spender tak jadi bulan? Ouh... sebab of course la spender lagi banyak dari bra. HaHaHaHaHa.
Tapi kan, kalau aku nak list ape yang aku reti buat dengan baiknya, sekor pon takde. At least bulan menerangi bumi dengan baiknya waktu malam. Jadi bulan jauh lagi bagus kan?
Soklan cepumas :
Ada tak satu situation yang tak mungkin berlaku tanpa korang?
Aku konpem sama je jawapan cam aku. Sepuluh jam pikir pon tak dapat-dapat lagi. Noob gila lah. Lepas seratus hari pon korang mesti akhirnya cakap takde. Maksudnya, takde orang yang rasa rugi kalau korang takde. Get it?
Ok, rasa sedih sebab Mr. Boyfriend meninggalkan aku di tengah konflik ngn jiran rumah bawah tingkat 2 ni. He didn't even try to come and save me when he had the slightest chance to do it. Yes, what he said on the phone just left me speechless. Come on, takkan nak simply say takde or tak tahu. T_T
Jangan risau, die tengah kenduri kat rumah. So die takkan pernah baca pon post kali ni. Agaknye lah.
4 comments:
iyo la tak baca..dimano ado tenet..disitu eden komen..
sori yer..x dpt dielakkan
eh...cmne leh b terbaca ni? hehe...takpe, maaf diterima. ngee =)
mun gile. pening aku bace. haha. i mishew la plak lepas bace post ni. :)
mishu mishu too... bila lagi mau lepaks bersama. pegi mid 5 kali sehari pon tak bosan bila ada ang. haha =)
Post a Comment