Side Parking Tak Leh Blah

Ala....bila ada orang nak ajar side parking ni ngn back parking? Tengok ni dah jadi ape. Dah macam parking orang tak tahan nak tercirit je. Orang lain tengok ni mesti gelak terguling-guling esok. Tambah-tambah kete Myvi kat belakang. Salah die la parking makan ruang melampau-lampau kan?


Sempat lagi kitorang snap gambar untuk mengenang zaman-zaman noob side parking nanti. HaHa. Takde la kuar kotak banyak mana pon kan? Sebelum ni ade side parking yang berjaya okay. Sekali je la. HuaHuaHua.


Gambar ini menunjukkan entiti yang asik nak terpacak kat tepi tu. Entiti nan sebatang ini memang ada dendam ngn aku. Kat mana aku nak cuba-cuba side parking, kat situ jugak la die nak terpacak. Aku dah ke depan ke belakang dah. Sama je. Give up!


Ini gambar yang Ecah snap dari tingkat 5. Fine! Belakang tu memang macam luas lagi. Pusing situ sikit sini sikit dah cantik. Tapi situ sini tu celah mana? Resolusi Disember 2010, mesti terer side parking ngn back parking. Tengok lama-lama gambar ni, baru perasan kehorrorannya. Kalo tengok lagi lama, rasa macam nak turun sekarang jugak pegi ubah sampai elok.


Kalaulah kete ni boleh tolak dari tepi je kan senang hidup aku. Kalau korang tengok video kat bawah ni, mesti korang cakap, "Bapak ahh!"





update #1
Housemate balik cakap nampak kete parking camcamerba.

update #2
Housemate cakap balak die gelak kaw-kaw. Demmit!





2 comments:

Abdullah Zaini said...

boleh la tu

Feezah Hanimoon said...

eleh...bila tengok depan mata ritu, gelak kaw2.