Mari Mengaji

Petang tadi aku pegi tasmik ngan ustazah. Sem ni ada subjek Islamic Studies. Tiap-tiap malam Jumaat plak ada halaqah kat masjid. Walaupun selalu ja rasa gatal nak ponteng halaqah tu, sebab the whole Thursday tu takde class, tapi aku sedaya-upaya melawan godaan syaiton yang direjam.

Masa halaqah lepas, naqibah suruh baca al-Fatihah untuk nak identify tahap masing-masing. Aku terkejut jugak sebab sampai umur gini, untuk tahap budak universiti yang amik pendidikan Islam dengan ayat hafazan di sekolah dulu, masih tak menguasai bacaan dan sebutan huruf yang betul. Tapi takde la terkejut sangat. Cuma tak sangka la seramai itu.

Yang aku perasan, diorang ritu baca slow betul. Maksud aku bukan baca lembap, tapi slow suara sampai aku tak dengar pastu nak kena panjangkan leher. Abis lemak-lemak di leher tertarik skali. Diorang ala-ala nak bagi naqibah je dengar. Tapi aku tengok naqibah pon dah makin anjak ke depan sebab hampir-hampir tak dengar.

Kawan-kawan sekalian. Aku tahu antara kita ni masih ada yang bacaannya tak betul. Dan yang pastinya, korang pon konpem sedar korang baca tak betul. Kalau tak, takkan la nak baca slow-slow je. Macam ada intention untuk tak nak orang lain dengar. Nape tak nak bagi orang dengar?

Aku ni dulu sekali pandang macam budak baik la jugak. Tapi makin lama, aku dah terpengaruh ngan dunia luar. Dulu kalau datang KL, memang rombongan paling hebat la. Sekarang ni naik turun KL macam ulang-alik Kangar ngn Alor Star. Iman tak kuat, hanyut lah dikau...macam aku lah.

Satu-satunya Allah tak tarik lagi ialah nikmat membaca al-Quran. Alhamdulillah.... Kecik-kecik dulu mama pakai rotan kot. Tau kan bulu ayam yang colourful tu? Benda tu dah berderai-derai sebab aku asik kena rotan je. Bukan sebab aku malas nak ngaji. Tapi sebab aku salah baca or tak reti-reti jugak walaupon semalam mama dah terangkan. Ala, ada je orang yang kena lagi teruk dari aku.

Tapi memang bulu ayam tu terbahagi 10 masa mama ajar aku kenal huruf jawi tu je. Mukasurat pertama je kot yang aku ngaji ngn mama. Lepas dah kenal huruf tu, hukum tajwid sume belajar kat kelas fardhu ain ngn Uztazah Noriah. Ustazah Noriah garang wooo... Tapi dia baca al-Quran bapak syahdu. Tangkap leleh aku kejap.

Kali pertama aku khatam al-Quran, masa tu darjah 3. Khatam sendiri-sendiri je kat rumah. Masa tu mama tak antr pegi kelas mengaji lagi. Tapi ada sekali tu tengok kawan macam best je pegi ngaji. Aku pon mintak nak join. Pegi je hari pertama, ustaz tu suruh baca setengah muka je. Esok terus tak pegi dah. Rasa offensive! HaHa. Ingat budak kecik tak reti mengaji ke? Dah la dulu ngaji memang target nak khatam je. Berjanggut la kalau sekali baca setengah muka je kan. Dah la dia tak iktiraf kalau aku baca sendiri kat rumah.

Pastu aku join kelas ngaji lain. Tapi nenek tu umur tak panjang. Aku pun tukar la ke tempat lain. Kebetulan ada ustaz baru pindah. Jadi join je la. Ni la last kelas yang aku pegi. Jeles jugak tengok budak-budak khatam je, mak diorang jamu pulut kuning. Aku pon mengada-ngada nak jugak. Aku khatam sekali je ngan ustaz tu. Mama cakap next time. Tetibe ustaz tu nak pencen la plak sebab bini die dah preggie. Bini die ajar budak-budak baca Iqra'. Adik aku si Wani tu baca ngn die la dulu.

Ok, dah bis citer pasal sejarah peradaban dunia. Apa isi pentingnya untuk entry kali ini ialah janganlah malu untuk baca al-Quran kuat-kuat. Satu family (kecuali si Boboy) memang akan baca kuat-kuat. Tak kira lah siapa pon yang tengah baca, bila ada salah je semua serentak tegur. Bukan la kitorang ni hafal ke ape, tapi boleh agak la tajwid ayat tu macam mana. Kalau dah tersasul-sasul tu, dengar la bunyi dari dapur ke, ruang tamu ke, sebelah katil ke.

Aku rasa cara ni lah yang paling berkesan untuk belajar. Kalau teori dalam kelas tu, konpem tangkap lentok sokmo. Pastu kena ketuk ngn pembaris 1 meter ustazah. Aku pernah kena, tu yang tau. HaHa. Naqibah cakap belajar hukup tajwid adalah fardhu ain. Maksudnya jatuh hukum wajib ke atas golongan yang sudah cukup syarat. Sesiapa yang tegur kesalahan hukum tajwid seseorang akan mendapat pahala sepanjang orang itu membaca dengan betul.

Jadi korang dan korang, jangan malu untuk melaungkan suara ketika mengaji. Tapi jangan jerit tak tentu pasal plak. Lagipun, kalau ngaji dengan suara ni rasa puas hati. Tak kisah la nak bawak lagu ape pon. Jangan sebab malu, sampai ke sudah tak reti. Ini la satu-satunya nasihat yang aku boleh bagi sebabnya sedar bab lain semua aku fail.

Otak aku memang dah ting tong sebab semua surah hafazan dah lupe. Dosa besar kot. Hmm...korang mesti pelik kan sebab orang cakap Arab takde la panjang sampai 6 harakat. Aku pon dulu pelik. Maybe sebab al-Quran tu puisi, jadi jauh lebih cantik dari bahasa pertuturan harian.Aku sekarang pon dah lupa jugak nama-nama tajwid ni. Takpe asalkan baca betul-betul. Hukum tajwid tu boleh touch up balik nanti.

Buat boyfriend kesayangan, sila ingat pertanyaan mama ku ini. Nanti pi jawab sendiri noh.

Hanim, Abdullah tu sembahyangnya, mengajinya macam mana? Puasanya plak macam mana?

Mama tak tanye awak punya gaji brape tau. Sama-sama lah kita perbaiki diri supaya nanti bila dah ada family, anak-anak kita tak terkontang-kanting, cuak sampai sejuk ke tulang belakang bila ustazah panggil buat tasmik ye.

Buat pembaca sekalian, kalau korang nak cakap aku ni angkat bakul ke ape ke, lantak lah. Aku selama ni pon memang tulis pakai hati je. Kan aku dah mentioned yang otak aku ting tong. Marilah kita membaca al-Quran selalu dengan bacaan yang sempurna.

Kepada ustazah Noriah, di mana pon ustazah berada, saya still cuak nak pegi kelas fardhu ain ustazah. Tapi dulu saya ponteng kelas bukan sebab takut giler ngn ustazah. Sebelum kelas start, selalu saya tangkap berudu dalam kolam ikan pastu jemur kat atas batu. Punye la tak sedar masa berlalu sebab nak tengok proses berudu tu meleper. Kalau ustazah tak caye, cuba usyar batu kolam ikan tu, mesti berlambak tompok hitam. Tu arwah berudu la tu.

Tapi kalau tetibe tengok jam dah sedar lewat 15 minit tu, memang la ponteng terus sebab cuak nak masuk kelas. HaHa. Ampunkan Mak Long!!!!! Alahai...aku memang ada gene pemangsa la. Sape yang still tak tau aku pernah bakar kucing? Persatuan pencinta binatang jangan saman ye. Aku umur 4 tahun je masa tu. Sekarang dah takut nak dekat ngn kucing. Mama cakap bulu kucing senang tanggal. Pastu budak-budak nanti asma plak. Jangan risau. Kucing bakar tu tak mati. Lepas mama rawat die, mama lepas je. Terus die phobia nak balik. Mama cakap aku start geli ngn kucing bila aku tengok kulit gondol kucing tu. Kucing, mintak ampun ye.




4 comments:

Abdullah Zaini said...

kalau sembahyang,ngaji or puasanya "perfect" pun x guna kalau masih melakukan kemungkaran..tepuk dada tanya iman..itu pun kalo rasa diri tu beriman

Feezah Hanimoon said...

itu mama yang cakap. abis b x nak sembahyang, ngaji n puasa ke? b nak cakap, kalau buat jahat tu, biar jahat semua? maksud b kalo tak ngaji, x yah sembahyang n puasa? kalo dah b rasa ape mama cakap tu permintaan yang mengarut, g la cakap kat mama sendiri. ayg beriman ke x, Allah je yang tahu. even ayg pon banyak buat kemungkaran, x layak ke nak bagi nasihat yang berguna? b jangan lupa, Allah janjikan syurga untuk seorang pelacur yang beri makanan kpd seekor anjing. kalau b slumber nak label org beriman ke x, abis b tu nape x tepuk dada sendiri? guna ke x guna ke, sape b nak tentukan pembahagian pahala?

p/s: komen b tu tidak berbaur general ye. perindahkan bahasa tu kalo nk bg general.

zartezaty said...

garangnye moon takot. nanti nak anta anak aku kat moon time weekend bia padan muke dia dan aku pon bole pegi holiday. haha

berudu kering! Aku baru baca! LOLLLLLLLLL

Feezah Hanimoon said...

haha..nanti aku pon nak antr anak aku kat umah ang. biar hubby kita saling menjaga. pastu kita boleh pegi holiday sesama. hahaha