3 kisah hidupku hari ini.

Kisah 1 : Lipas bersiar-siar.

Hari ni satu kejayaan kerana aku berjaya membunuh 3 lipas degil yang tak sedar diri. Dah la menumpang tangki najis rumah org. Pastu boleh plak bersiar-siar sesuka hati. Merayap sana-sini lalu akhirnya mati di tangan aku tatkala aku sedang memegang Ridsect botol merah percuma 15%. Sekarang nk kencing pon tak jadi sebab gugup bila lipas keluar beramai-ramai. Adakah puak lipas akan membalas dendam nanti? Aishah kata nnti lipas2 tu masuk kain masa tido. Yaka?

Kisah 2 : Uji bakat Imam Muda.

Petang tadi aku ngn papa tengok la uji bakat imam muda. Satu mamat ni memang imam terjun lah. Asalnya nk pegi PC Fair. Sekali nampak banner uji bakat kat masjid negara, terus cancel plan. Dengan t-shirt indinya plus jeans karat tu, sempoi ja daftar. Not bad la baca al-Fatihah. Tapi tak cukup bakat lg. Haha.Aku rasa pas kena reject tu dia pi sebat Apple sebijik kat PC Fair. Pastu ada kes kontroversi. Imam terawikh masjid negara tak terpilih plak masa uji bakat tu. Panas ja mamat tu. Yang juri tu plak baca ayat sampai herot2 mulut. Kalo tak silap tu ketua imam Masjid Jamek. Juri tu cakap mamat ni tak ada suara unik yang jadi x-factor. Abis tu yg juri tu, takkan masa jadi imam terteleng2 kepala baca surah. Tak leh blah aku bayangkan situasi tu. Andai kata aku jadi makmum belakang dia, dah vibrate sampai ke hujung. LoL!

Kisah 3 : Tikus besar degil tak nak mati.

Mama sekarang bela tikus. Sebab selalu bagi makan keturunan tikus kat rumah ni. Bukan rumah aku yg banyak tikus kay. Rumah teres kan bumbung bersambung. So tikus tu boleh main lari-lari, kejar-kejar dari ujung kiri sampai ujung kanan. Ada satu tikus besar giler~ Dia tak nak makan biskut yg mama bagi. Perangkap pon tak nak masuk. Malam-malam ada ja projek dia menyondol2 kat blakang almari. Kalo aku ada senapang patah, dh lama arwah tikus tu. Masalahnya tak da... One fine day tikus besar.






2 comments:

Abdullah Zaini said...

bela la kucing (^^,)

Feezah Hanimoon said...

bela dlm sangkar leh la...pastu b jge (^o^)