Sebelum naik ke tangga yang tinggi itu, korang perlu redha bahawa tangga itu memang tinggi dan fakta ini takkan berubah sampai bila-bila. Kalo korang menyumpah seranah pon tangga tu tetap kena naik kan? Takde kren berdekatan nak angkut korang naik ye.
Stabilkan diri, pastikan berat kiri dan kanan korang seimbang. Pegang barang di tangan dengan keadaan yang paling selesa. Kalo sebelah kiri pegang 3 bungkus mee sup, sebelah kanan boleh pegang lagi 3 bungkus mee hailam.
Sebaik sahaja melangkah kaki ke anak tangga pertama, tunduk ke bawah untuk melihat tangga. Selain daripada mengelakkan korang terjatuh dan tergolek ke bawah, ini juga adalah cara untuk men-psiko diri sendiri.
Jangan sesekali mendongak ke atas. Hal ini hanya akan melunturkan semangat korang dan membuatkan anda berganda-ganda penatnya. Sebabnya, nanti kalo dah pandang atas, korang akan nampak tangga tu bapak tinggi lagi. Tunduk je, selagi ada tangga tu panjat je la.
Atur langkah dengan ayu, jangan naik tangga tergesa-gesa. Kelajuan menaiki tangga mestilah sama sepanjang masa. Bayangkan bahawa badan korang ringan seperti kapas. Ok, over plak. Ringan seperti buah durian. Buah durian yang kental di luar, berlemak di dalam. Haha.
Mengikut pengalaman hari-hari menaiki tingkat 5, aku akan give up dan mendongak ke atas bila sampai di tingkat 4. Tapi masa kat tingkat 4 tu aku tengok atas, tangga dah tinggal suku-suku terakhir ja. Jadi nak berlari naik terus pon boleh.
Sesampainya di atas, serious aku tak de la semput sangat. Penat memang la tapi cukup nafas lagi. Bila masuk umah, tak yah la sampai tergolek setengah jam. Aku baru discover tips ni sejak duduk di kayangan ni. Apa yang penting, first step kena redha. Dalam semua hal pon macam ni kan.
3 comments:
(^^,)
setuju ! selalu bila dh sampai tingkat 4, mesti dah rasa macam "eh bila nak sampai ni", tsk tsk. Redha ecah redha ! :D
ha...bagus rakyat beta sekalian. singgahsana beta memang tinggi di kayangan. haha
Post a Comment