Contact lense untuk astigmatism a.k.a rabun silau

Disebabkan aku tengah rimas dengan spec mata ni, maka aku nak cerita sket pasal astigmatism a.k.a rabun silau. Rupanya ramai jugak yang ada rabun silau teruk. Definisi teruk untuk rabun silau adalah sangat berbeza dengan rabun jauh atau dekat. Jika korang ada rabun silau lebih daripada 200, maka itu sudah teruk. 

Kenapa ianya teruk?

Well, ini bukanlah post dari seorang pakar mata tapi ini adalah melalui pengalaman. Rabun silau ni disebabkan oleh bentuk kornea yang camca merba instead of bulat kejung. So, kalau rabun jauh, means benda jauh blur. Kalau rabun dekat, means benda dekat la yang blur. Tapi kalau korang rabun silau, dekat atau jauh sama jer. Iaitu dedua blur! Haha..hebat tak?

So kalau pergi kedai spec biasa-biasa, mostly diorang akan cakap rabun silau power lebih 200 tak boleh pakai contact lense. Itu tidak benar sama sekali! Aku pon first time memberanikan diri masuk kedai nak tanya pasal lense ni, keluar dengan hampa jer. Padahal diorang yang tak cukup info or malas nak explain or nampak aku selekeh macam budak maka.....malas nak explain.

Power aku roughly kiri dan kanan 500 tambah tolak. Selain tu aku ada rabun jauh 200 tambah tolak. Second time aku memberanikan diri masuk kedai spec England Optical untuk tanya lagi. Tapi ni pon sebab Mr. D encourage memandangkan aku dah makin tak nampak dan degil tak nak pakai spec, or actually dia rasa aku buruk pakai spec?

Hmm...esok aku akan tanya.

So, orang England Optical tu cakap sebenarnya aku BOLEH pakai lense! Tapi bukan lense biasa yang dijual over the counter tu. Lense aku haruslah di-manufactured custom made. Ok. Sila abaikan bahasa tak ketahuan ni. Sebab aku nak emphasize benda tu, so bahasa rojak macam memberi impak terbaek. Yeke?

Dear my comrades, korang pon boleh ye nak pakai lense. Jangan tertipu dengan aunty kedai spec biasa. Tapi jangan eksaited dulu. Lense yang aku pakai ni bukan soft lense biasa, tapi soft toric lense. Perbezaan obvious yang korang boleh nampak or rasa bila pegang ialah:
  1. Toric lense lagi tebal dan keras. Sebab lense ni suppose untuk betulkan contour kornea. Kalau lense biasa, pelepap je dalam mata, dia terus ikut bentuk mata. So no point la kalau toric lense ni pelepap ikut bentuk mata. Maka, ianya hendaklah keras sket untuk resist contour mata.
  2. Toric lense lebih kebiru-biruan. Mungkin sebab dia lagi tebal.
  3. Toric lense tebal di satu bahagian dan nipis di bahagian yang lain. Nipis pon masih tebal berbanding yang biasa. Perbezaan ketebalan toric lense sangat la obvious. Masa nak pakai, yang tebal tu adjust supaya berada di bawah. Kalau tak nak adjust pon takpe, nanti dia terpusing sendiri. In case dia tak pusing, korang kena pusingkan. Sebab vision akan blur kalau kedudukan tidak tepat. 
Namun, ada berita buruk yang ingin aku sampaikan jugak. Maka bersedialah!
  1. Toric lense TIDAK BOLEH dibuat berkaler-kaler. So, kalau bercita-cita nak hazel ke kelabu asap ke, mintak maap lah yer. Jadi, aku membuat konklusi bahawa lense kaler-kaler yang bersepah jual tu sebenarnya telah mengabaikan power rabun silau. Memandangkan mostly rabun silau ni minor je, maka tanpa meng-consider silau, diorang still boleh nampak.
  2. Jangka hayat standard toric lense ialah setahun. Tapi kalau pandai jaga, boleh la nak lajak setahun lebih. Selalu yang dah experience macam aku..ehem..dah boleh detect ketidakselesaan lense aku tu sebulan sebelum masa wajib tukar. Aha...camne tu? Kalau korang tak pandai jaga, korang akan menjadi buta. Sebabnya korang akan menangis air mata darah 7 hari 7 malam.
  3. Kenapa 7 hari 7 malam? Sebab harganya sangat lah mahal bagi sesetengah orang. Bagi customer baru, England Optical cas RM300 sebelah mata. Lense ini dibuat satu-satu kat kilang. Kalau ada masalah dengan sebelah je, korang return sebelah je. Memang diorang tak perlu nak tengok yang sebelah lagi. So sepasang RM600. 
Nak order toric lense ni kena allocate masa sebulan. Sebab ianya di-manufactured bukan di Malaysia. Kalau ikut kedai aku tu, diorang order dari Hong Kong. Sebab tu aku kena develop skill forecast jangka hayat lense. Aha..Sebulan lagi aku bajet dah memang tak leh blah, maka aku terus ke kedai bese.

Aku maintain kat England Optical di The Mines dari dulu sampai sekarang. Tapi spec aku buat kat Perlis je. Dah 4 kali aku buat lense situ, last price dapat RM500 sepasang sebab dah VVIP. Haha. Kat Perlis pon kedai spec aku tu boleh buat. Price dia lagi rendah RM450 last aku tanya. Tapi sebab jarang balik kampung, tu yang buat kat KL je. 

Walau bagaimanapon...aha..power 500 tu dah kira ekstrem untuk pakai contact lense. So, aku berharap je power silau aku fluctuate around tu je. Kalau aku rasa lense aku tu ok, aku malas dah nak cek mata. Sebab nak bukak kat situ, then tunggu 30 minit baru boleh cek. Tak koser. Melainkan aku detect something has change. Mungkin power rabun jauh naik. Tapi takpe, asalkan silau tak naik lagi. Diorang pernah cakap kat aku yang kalau silau lebih 500, memang tak leh nak buat dah. 

Maka aku pon cuak kalau lense aku dah tak berfungsi. Tapi lepas aku pusing-pusingkan, alhamdulillah ok. Ouh..aku slumber je pusingkan manually dalam kelas pon. Dah tension tak nampak slide or whiteboard. Haha.

Tapi satu nasihat aku untuk yang berhajat nak pakai lense, sila lah cuba-cuba pakai lense tanpa power yang kaler-kaler tu dulu. Kalau konpem boleh masuk mata, baru la yakin nak invest. Kalau slumber order, nanti tak reti nak pakai or tak boleh pakai, bazir plak. Aku dulu test pakai kaler pepel sebulan. Dah okay, terus order. 

Dan lagi satu, ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang amat bertentangan dengan bukti saintifik what so ever..iaitu:
  1. Teori aku, disebabkan lense ni tebal dan keras, maka potensi untuk dislocate adalah rendah. Dia selalu pusing je, tapi nak bergerak ke atas bawah kiri kanan tu sangat jarang. Seingat aku pernah jadi sekali je. Dan of course la aku cuak nak mampus. Haha. Tapi blink banyak kali, it shud be fine. Maka, mengikut pengalaman sendiri, kalau terlelap sekejap, tak pernah lagi la lense tu hilang ke belakang mata or what. Tapi dia jadi kering. 
  2. Teori aku jugak, atas sebab yang sama, toric lense ni tahan lasak. Lense aku pernah terjatuh masa nak pakai dan cari-cari tak jumpa. Ada la dalam dua hari hilang. Akhirnya roommate aku jumpa dalam baldi dia SELEPAS dia siap basuh dan sidai semua baju. Lense tu betul-betul ada kat lantai baldi tu. Aku test pakai lepas tu, ok je. Nasib baikkkk...kalau tak, 7 hari 7 malam woo. Aku tak sure la lense tu dah terendam air sabun ke tak..tapi survive la.
Tapi amaran keras. Jangan tiru dua aksi di atas. Jangan tido pakai lense. Sebab kawan sekolah aku pernah terlelap, pastu dah tak leh bukak mata. Pegi ke klinik rupanya sklera dah terkoyak. Scaryyyy. Aku ni jenis tido mata terbukak. Jadi mungkin sebab tu macam okay je kan, namun ini adalah kes terpencil. Jangan tiru!

Ok lah..sebelum ni ada la beberapa orang tanya. Harap info ni berguna untuk golongan berkenaan. Sila lah terjah ke kedai spec yang besar dan tanya segala benda ye.

Sekian, adios.


Stress sebab berat naik dan peha membesar, frust sebab lutut tak fit untuk continous workout

Aku frust!

Setakat ni, aku tak pernah lagi frust menonggeng dalam bercinta. Tapi aku frust dengan berat badan yang slumber badak nak naik bila ada peluang. Even aku dah develop tabiat makan dalam kuantiti terkawal, buat pilates dan sweat cardio kat rumah or gym, berat aku tetap naik dan ukur lilit tetap bertambah.

Stress!!

Semuanya jadi kelam-kabut bila aku accident motor masa praktikal kat KL. Time tu aku baru renew monthly membership kat gym. Sempat kot 3 hari sebelum aku terlantar tak boleh bangun, berjalan, apatah lagi berlari. 2 bulan untuk recover sampai jalan betul. Tapi sakit tu sampai sekarang rasa. Aku ponteng appointment dengan doktor hospital kerajaan sebab nak menunggu tu lama nak mampus. Appointment last aku tu sampai terpaksa ponteng kelas. 

Aku tak nak ponteng kelas. Jadi aku ponteng jumpa doktor. Aku ponteng physio sebab kena bayar 5 ringgit every session semata-mata kerana aku student universiti swasta. Pui!

So, sekarang mak aku tak nak layan bila aku ngadu sakit. Tapi aku tetap tak nyesal pon ponteng. Aku jumpa doktor pakar kot. Tapi nak diagnosis apa yang tak kena pon sampai 3 kali appointment. Doktor pertama cakap takde pape. Doktor kedua suspect medial meniscus tear. Dia refer kat sports team untuk konpemkan betul ke tak. Kalau agak konpem nanti kena arthroscopic surgery. 

Kisahnya sekarang ni, condition injury aku ni buat aku tak fit untuk workout continously hari-hari. Every 2-3 days je lutut aku akan rasa ketat dan sakit. Kadang-kadang tetibe je nak melangkah tu sakit. Semalam aku bukak youtube low impact cardio, hujung title tu dia letak 'For Beginner'. Seriously?? 

Dulu HIIT hari-hari pon no hal. Sekarang buat 2 hari, lutut dah kasi warning. Sejak aku nak catch up balik rutin workout ni, makin rasa plak. Pakai knee guard pon tak jalan. Tengah meniarap goyang-goyang kaki pon rasa lutut ni ketat. 

Tapi aku memang jenis degil. Even macam ni pon aku nak je sign up gym kat Perlis ni. Tapi tu la..gym kat Kangar tu dengan umah aku jauh. Ada la dalam 15km. Yang bestnya kalau kat gym ni, aku akan workout more than 1 hour. Kalau buat pilates or cardio sendiri kat umah, 30 minutes tu dah rasa lama dan distracted dengan benda lain. Dah la ruang sempit. Haishh.

Aku rasa in the mean time aku perlu kurangkan gula dan lebihkan tido. Tapi aku tido macam ok je. Cukup je 8 jam. Cumanya aku pelik, macam mana badan kita boleh kenal siang dan malam. Contohnya, apa beza kalau aku tido pukul 10 malam ke 6 pagi, dengan tido 6 pagi ke 2 petang?

Ok. Bezanya ialah kalau aku tido pukul 6 pagi lepas Subuh, belum tentu lagi boleh bangun pukul 2 petang. Sebab mak ayah aku tengok aku tido macam lama je, macam banyak je. So diorang akan ketuk pintu every hour. Aku dah la tak suka bangun orang kejut sesuka hati. Nanti sepanjang hari ngantuk sebab tak cukup tido. Esok pon rasanya macam akan dikejut. 

Sebab sedara datang umah. Now aku kena tumpang bilik dikboy sebab bilik aku kena conquer. Dan aku stress jugak sebab takde tempat nak workout. Takkan nak buat pilates kat hall. Tak pasal nak menjawab ngan saper yang bangun kencing. Lols. 

Dan dikboy tido pusing sana, pusing sini. Hadoi.



Telur

Aku tak paham!

Kenapa telur selalu jadi mangsa pembaziran. Adik aku sambut besday kawan-kawan dia dengan baling telur. Hari ni besday dia, so dia pon siap-siap pakai baju buruk sebab nanti ntah apa yang menanti. Mungkin kena baling telur or simbah ngan sebaldi telur. Lebih teruk lagi kalau telur tu diperam sejak 3 bulan yang lepas. Omaigod! Nanti saper nak basuh baju tu? Hakuuuuuuu jugak tau.

Mentang-mentang kau tak pernah beli telur seumur hidup. Maka tak pernah sedar banyak mana harga telur dah naik. Dulu 10 bijik 2 ringgit. Sekarang dah 10 ringgit. Naik 100%. Wak lu nak baling-baling?!

Gi mampus la orang cakap aku tak enjoy ke hape. Aku tetap tak boleh brain benda ni. Dulu masa sekolah rendah, selalu pegi kem kepimpinan or motivasi diri. Pastu hari pertama tu memasing diberi sebijik telur. Kena jaga macam nyawa sampai hari terakhir. Suruh budak darjah 5 bawak telur sana-sini. Akai ada ka? Walhal kat rumah mak konpem tak bagi kau sentuh sikit pon plastik telur tu.

Masa aku darjah enam, satu aktiviti kem motivasi tu ialah jungle trekking sambil tutup mata ngan kain. Ketua je boleh tengok keliling dan lead anak-anak ke jalan yang benar. Pastu bila dah sampai end point, kitorang duduk lepak sembang-sembang sambil tutup mata tu. Masih tak boleh bukak okay. Kena tunggu group lain sampai, then baru gerak balik sesama.

Tiba-tiba tengah sembang tu, pelepap tangan gajah sape ntah lumur telur kat muka aku. Habis tudung baju sume kena. Aku tak ingat dah pakcik mana tapi agak-agak la. Itu kurang hajar namanya. Pastu kau suruh budak comel-comel tu bawak telur masuk hutan sambil tutup mata, tak payah tunggu lama, langkah lopak pon telur dah pecah.

Tak payah la nak jaga macam nyawa sangat. Lagi bagus aku jaga nyawa sendiri. Seb baik parents aku sesajer mencapub datang tengok anak berkhemah hari tu. Satu set luar dalam aku hantar balik. Pepandai la mak nak setel.

Telur tu macam-macam boleh masak. Telur mata kobau, telur dadar, telur rebus, telur pecah, telur bungkus. Telur menjadi makanan bajet student dan back up plan isteri-isteri yang takde idea nak masak apa. Telur dadar ngan sardin terbaik!

Aku kalau terpecah sebijik telur secara sia-sia pon rasa dukacita, kalau boleh nak jadi time traveller tau. Pegi ke masa-masa sebelum telur tu pecah supaya boleh sep. Tapi ada manusia yang sengaja dan telus dalam pemecahan telur. Macam adik aku. Kau gila ke hape dik? Baling-baling tepung lagi. Tepung tu orang buat kuih, buat kek, buat roti. Baik kau kutip batu jalan je baling. Sakit pon dapat.

Yang penting tak sia-sia. Hidup ni memang selalu rasa macam takde arah tuju. Tapi plis la...jangan obvious sangat boleh tak?


The Desire

3.11 am and I still can't sleep. At times like this, I miss his voice, his scent, his smile and his everything. I miss him so much it hurts.

I am going crazy T_T

It's heavy. There, on the right side of my beating heart, the center of my chest. Does he feel it too? He once said that everything I feel, he'd feel it too. We love each other so we'd feel each other. However, I know he's sleeping right now. Soundly. But he must've been dreaming about me right?

When I see him, I can't hug him, I can only look at him and smile and say "I miss you, I miss you, I miss you!" How else can I express the feelings. Sometimes I would scream to indicate how deep they go for him. But words won't ever describe the full of it. It pissed me off. Sigh.

I would definitely kill to see him now. A cockroach. I'm afraid of it, so it can be considered challenging. Even in Fear Factor, I rather lose the one million than letting the creature crawls on me. Spasm.

Anyway, I would've taken the bus, but there's no service at this hour. I would've driven alone, but I don't have my car here. I want to call him, but he's not going to pick up since he's sleeping.

Wait a minute! I'm still awake, so who's in the dream?

Hurmm...time to find out.



Dear darling, I am mentally dating Adrian Ivashkov ♥♥♥

Guess what...I just learnt the trick to generate the 'heart' shape by using the laptop keyboard. Hold the Fn+Alt and then simply press L button. Mungkin aku lambat tapi tak kisah lah apa orang cakap. Actually aku baru tahu sebab memang baru nak guna. So aku google. Kalau dari dulu aku nak guna, so dari dulu lagi lah aku tahu. Hehe. Tanak kalah jugak tu.

Ok. Siapa dia Adrian Ivashkov?

Dia adalah supernatural boyfriend yang hot! Bermata hijau, tinggi 6 kaki dan berkulit pucat. Disebabkan kulitnya yang pucat maka dia adalah seorang mortal vampire. Bukankah vampire hidup selama-lamanya? Ahaha...soalan menarik tu. 

Dan yang menarik sekali, apa yang aku tengah merepek ni?

First of all, aku memang die hard fan dengan cerita vampire yang hot. Dalam berlambak series US, yang aku follow hanyalah sekeping dua seperti The Vampire Diaries dan juga The Originals yang mula diperkenalkan sebagai backdoor pilot dalam TVD season lepas. 

Tapi Adrian Ivashkov bukan wujud dalam series tontonan, instead, dia wujud dalam series bacaan ye kengkawan. Ketahuilah aku ni bangsa pemalas nak baca novel walau bestselling lagu mana pon! Ha..tudia. To Kill A Mockingbird pon tak habis padahal tebal novel hanyalah 1cm. Pernah cuba berjinak-jinak dengan buku Sophie Kinsella tapi give up selepas novel yang aku baca tu tak memberi kepuasan imaginasi. 

Asik lari topik je kan? Hurm...ok. Kat India buku novel sangat la murah. Borders jual 60 hengget, tapi adik aku beli 10 hengget je. So dia ada bawak balik dua buah buku, satu dah buka pembalut, satu lagi masih berbalut time tu. Aku tengok lama jugak buku tu terpinggir. Adik aku plak apa hal tak bawak balik ke India. Nampak sangat memang kami adik-beradik juga. 

So, aku pon baca sinopsis macam best. Actually daripada tajuk tu aku dah rasa macam sebati ngan jiwa. Dah dapat bajet buku ni pasal apa. Tapi aku buat-buat tak nampak kononnya mau mengekalkan habit malas baca novel. Hadoi. Sungguh tak sihat.

At last aku start baca. Buku pertama yang dah buka bertajuk 'Bloodlines'. Kan aku dah cakap, tengok tajuk pon dah kena ngan jiwa. Hehe.


Masa aku start baca buku ni, aku tak tahu pon before this ada series lain. So bila dia recap cerita dalam novel ni, aku iya kan aje. Sebelum series Bloodlines ni, ada series Vampire Academy. Kisahnya Adrian Ivashkov ni royal Moroi vampire yang juga merupakan spirit user. Dalam imaginasi penulis, vampire ada dua jenis. Moroi dan Strigoi. Moroi ni mortal, tak pantas, tak laju dan tak cargas. Tapi diorang ni ada magic yang berunsur api, air, tanah, angin dan juga spirit. Spirit user boleh masuk mimpi dan ada kuasa compulsion yang paling kuat. 

So nampak tak yang Adrian ni sangat la macho gitu. Plus, Adrian ni sangat la arrogant tapi spesis yang kenot resist! Salah satu quote dalam Bloodlines yang bajet nak mampus tapi aku tetap suka. Haha.

"Takes a lot of tries before you hit perfection." He paused to consider that. "Well, except for my parents. They got it on the first try." - Adrian Ivashkov

Watak heroin plak manusia biasa macam kita tapi kerja dengan secret organization Alchemist yang jadi orang tengah antara dunia manusia dan vampire. Nama heroin Sydney Sage. Alchemist ni walaupon macam alah bisa tegal biasa dengan vampire, tapi diorang ni cuak jugak. Sydney pon mula-mula tak suka vampire, human-vampire relationship is not tolerable blah blah blah...tapi yang tak leh tolerate ni aku duk tunggu. Hehe.

Dah habis buku pertama, aku pon koyak plastik buku kedua 'The Golden Lily'. Sorang lagi pompuan dalam cover ni ialah Jillian Mastrano Dragomir, adik kepada Queen Vasilisa Sabine Rhea Dragomir. Hamik kau....nama-nama vampire memang pelik kan? Macam Salvatore brothers dalam TVD. The Originals pon sama. Memang penulis puas pikir la nama yang ada umphh bila nak menyebut. Seswai la dengan character vampire yang segala-galanya superb tu.


Dah abis baca buku kedua, aku order plak buku ketiga kat adik aku. Aku cakap kat dia, kalau dia tolong aku beli, aku tolong dia baca plak. Kan sistem barter yang bagus tu. Buku ketiga 'The Indigo Spell' ni paling best sebab ending dia best. Akhirnya Sydney kenot resist Adrian anymore. 


Buku ketiga baru dia cair ngan Adrian padahal kalau aku la yang ada dalam novel tu, tak payah tunggu jadi buku. Haha. Memang gelojoh. Penulis ni memang kena penyabar. Kalau aku yang tulis, 20 mukasurat dah happy ending. Tiba-tiba aku kagum dengan penulis skrip sinetron. 

Buku keempat 'The Fiery Heart' dah keluar. Tapi buku ni sad ending. One sentence, an event ripped their world apart. Maka aku decide untuk baca hanya selepas buku kelima keluar. Haha. Untuk elakkan mental breakdown, akan aku tunggu 'Silver Shadows' keluar bulan July 2014. Cumanya aku agak kecewa dengan cover ni sebab muka Adrian dah lain! Sama ada haircut aje yang lain or totally a different model. Sebelum ni muka Adrian separuh je tunjuk. Bila full cenggini, tiba-tiba imaginasi aku rosak. lols.


Tapi nak tunggu Silver Shadows pon...Adrian and Sydney will face their darkest hour in the fifth book. Takpe lah....takkan nak elak konflik selamanya. Mesti ada konflik dulu baru benda setel. Persis sinetron. Beratus episod sakit hati, satu episod akhir baru boleh lega.

Actually aku bukan nak review sangat series ni. Aku tak reti review pon. Yang aku tahu, kena or tak kena, masuk or tak masuk.

Cup!

Ada satu lagi quote yang sumpah bajet tapi aku gelak terbahak jugak. Ni dalam buku series Vampire Academy 'Shadow Kiss'. Aku tak baca, tapi bila google ada orang list out everything pasal Adrian.

"You know, I'm the Queen's favourite great nephew. Well, yeah I'm her only great nephew, but that's not important, I'd still be her favourite..." - Adrian Ivashkov

Hadoi. Apa nak jadi ngan aku ni. Mr.D paling tak leh blah bila aku cerita pasal benda langsung tak realistik ni. Jenuh la nak ajak tengok Breaking Dawn Part 2 sebab Part 1 sangat la mengecewakan. Tapi kalau baca novel ni aku tak yah la nak ajak dia syok sesama. Whatever u say la laling oii.

Biarkan aku dengan imaginasiku.



Risau di malam hari, hina di siang hari

Satu pagi aku tengok kuliah kat tv pasal hutang. Ustaz tu cakap ada tiga jenis hutang iaitu hutang yang menjadikan kita semakin kaya, hutang yang menjadikan kita semakin miskin dan hutang yang menyebabkan kita memerangi Allah. Alhamdulillah aku sempat dengar penjelasan mengenai dua yang pertama. 

Hutang yang menjadikan kita semakin kaya adalah seperti hutang untuk pelaburan. Pelaburan yang baik akan memulangkan hasil seperti membeli hartanah. Atau jenis-jenis pelaburan yang lain yang untungnya melebihi ansuran tahunan. Aku rasa macam pelaburan ASB. Pinjam seratus ribu untuk 20 tahun, bulan-bulan bayar RM657, so kalau aku kira in the end kita bayar kat bank extra RM57680. Tapi kalau kira dividen cincai 8% setahun, dapat la RM8000 kan. Kalau every year kita keluarkan pon, totally dapat la RM160000 and the earlier hundred thousand itself. 

Tapi aku pernah baca pasal larangan terhadap perkara ini sebab kita seolah-olah memilih untuk terjebak dengan riba. Yang ni aku tak sure sebab tak nampak larangannya berkuatkuasa. Kalau ingin menkaji lebih lanjut, tanyalah pada yang arif. Mama cakap kat aku tak yah la buat. Biar bakal suami je buat. Haha. Aku boleh support komitmen lain. Haha. 

Hutang yang menjadikan kita semakin miskin adalah seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan skim ansuran mudah. Sekarang orang berbangga memiliki kad kredit. Sebabnya jenis kad kredit tu dapat menunjukkan status sosial pemilik. Tapi bak kata penceramah, kalau la kad kredit tu dipanggil kad hutang, konpem yang ada pon buat-buat takde. Pegi pasaraya nanti cashier tanya "Encik ada kad hutang?" Memang tidak ler tangan tu nak menarik kad keluar wallet. Kena plak kad yang memang dah melekat lekit tu, buat malu je dengan orang beratur belakang.

Hutang yang menyebabkan kita memerangi Allah....sayangnya esok tu aku dah tak tengok. Yang part 1 ni pon aku tengok sebab baru sampai dari KL pagi buta tu. So stay la jap sebab tak ngantuk. Tapi teringin jugak nak tahu hutang apa yang dahsyat ni. Google pon tak jumpa tapi serius nak tahu. Mungkin ada kaitan dengan hutang yang membuatkan kita berbuat jahat kepada orang lain plak. Contohnya sebab kita berhutang, kita curi duit orang lain untuk setel hal kita je. Pastu anak bini orang lain tu kebulor. Logik jugak kan.

Penceramah tu cakap, dalam satu kajian mengatakan bahawa otak manusia ni akan sentiasa berpikir dua perkara. Pertama ialah bagaimana untuk berhutang dan yang kedua ialah bagaimana untuk tidak membayar hutang. MasyaAllah...terasa kena dengan diri sendiri. Masa nak mintak loan belajar dulu, sanggup bersusah-payah kan? Sekarang bila dah abis belajar, mula lah pikir nak buat rayuan diskaun bayaran balik or lagi bagus kalau tak payah bayar langsung. Tak payah buat kajian jauh-jauh, diri sendiri pon percaya dengan statement ni. 

Penceramah tu cerita, Rasulullah SAW pon tak nak solatkan jenazah yang meninggalkan hutang melainkan ada di kalangan yang hidup sudi menjelaskannya. Sebabnya baginda tak nak bagi syafaat kat orang-orang macam tu. Sabda baginda yang bermaksud:

"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. Sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."

Ini adalah satu warning. Kalau berhutang malam tido tak lena, siang plak kalau bank call masa kita tengah bersembang dengan orang lain, tak ke rasa hinanya? Ya Allah...semua ni aku senang-senang je boleh relate dengan diri sendiri dan sekitar. 

Aku malu dengan orang yang aku berhutang. Sungguh. Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang melimpah-ruah untuk aku mampu melangsaikan hutang aku dan keluargaku serta menjauhi hutang di kemudian hari. Namun aku bersyukur kerana di saat genting, ada hati yang terbuka untuk menghulurkan bantuan. Terima kasih atas pertolongan. Tapi demi Tuhan, dengan kamu itu, aku malu! 


Isu cara menjemput kenduri zaman moden

On the way ke pasar malam petang tadi, aku berbahas ngan ayah aku pasal jemputan kenduri melalui Facebook. Ayah aku yang masih di generasi yang tidak memahami Facebook sangat la tak boleh terima dengan kaedah tu. Ayah aku cakap jemput gitu ntah-ntah tak kenal pon saper yang dijemput. Main jemput macam tu je.

Aku yang generasi expert ngan Facebook ni pon membuka bicara. Terus aku cakap kalau dia tak tahu nak guna Facebook, jangan buat andaian. Kat Facebook boleh buat private event pastu tag nama-nama yang dikenali dan dikehendaki sahaja. Nak tag sesatu nama tu mau berpinar mata. Lagi-lagi yang ada 500+ Facebook friends. Nak tapis lagi, kenal kat mana, rapat ke tidak. So, aku yakin sangat dah yang pengantin tu memang ikhlas nak menjemput kita ke kenduri dia. 

Tapi ada je orang yang menganggap jemput kat Facebook ni tak ikhlas. Aku buat research sket pasal topik ni, memang mostly rasa macam ni. Katanya kalau dapat kad tu, ada peta untuk dirujuk, ada nama pengantin dan keluarga, contact number. Yang paling penting, jadi reminder yang senang mata nak nampak. Tapi aku rasa ni kategori pemalas nak catat. Kalau dah ada Facebook, takkan sebulan sekali tak boleh buka. 

Kalau kau tak buka jugak, salah kau la. Kalau rasa tak boleh bagi komitmen buka Facebook, asal kita register dulu kan? Otherwise, deactivate je. Dalam Facebook boleh upload berkeping-keping peta. Kad kahwin tu boleh muat peta besar mana sangat. Considering aku yang tinggal jauh dari highway Utara-Selatan, aku rasa peta saiz A3 nak kena selitkan. Or senang-senang bagi koordinat. Pepandai la nak download GPS. Memasing dah pakai smartphone bagai.

Aku rasa mungkin la kad jemputan tu masih penting. Tapi kita tak patut la demand. Mintak kad untuk buat kenangan, bila umah semak, kad berlambak, tak tahu nak simpan mana, terus buang tong sampah. Lagi pon sekarang ni kita tak boleh expect yang pengantin ambik cuti seminggu hanya untuk jemput umah ke umah je. Yang sibuk giler tu create event kat Facebook time office hour pon cukup.

Plus kalau tak silap duit setem sekarang sehengget untuk post kad kahwin. Kalau semua nak kad, lembu tak payah, ayam tak payah, datang kenduri jamu sayur kangkung je. Seriously, aku tak rasa terpinggir atau terkecik hati pon kalau dapat invitation kat Facebook. Sebab aku dapat bayangkan banyak benda yang nak kena setel.

Pastu tadi sembang jugak pasal siapa yang dijemput kalau pengantin jemput kat Facebook. Aku cakap kat ayah aku, pengantin tulis "Menjemput anda sekeluarga" makanya keluarga aku ialah mak ayah, adik-beradik, makcik pakcik dan seterusnya. Ni tak..ayah aku punya pegangan, anak jemput anak je. Ayah kena jemput ayah, mak kena jemput mak. Ok. Ayah pengantin yang kena jemput mak ayah jemputan.

Aku pernah gi kenduri tanpa mak ayah sebab kes ni. Padahal bila datang jumpa mak ayah pengantin, diorang tanya je mana mak ayah aku. Terpaksa la tipu sunat cakap mak ayah ada kenduri lain or whatever. Takkan nak cakap "Ayah saya cakap makcik tak jemput dia."

Kata ayah aku, orang yang jemput tu kena tahu siapa yang dijemput, bukan main letak kad kat post box, pastu kena cakap "Saya jemput anda sekeluarga makan kenduri pada sekian tarikh, saya jemput jugak datang tolong buat gotong-royong." to each person yang dia nak jemput. Ni kes umah dekat-dekat la. Pastu aku cakap la kan ayat panjang-panjang tu dah ada tulis kat kad.

Memang la kita kena titik beratkan soal halal haram makanan tu. Tapi sampai demand keluarga tuan umah, memang aku tak berapa setuju. Orang dulu-dulu lagi la. Kalau jemput time jumpa tengah jalan, memang tak pegi la. Katanya tu pon sebab terjumpa, kalau tak mesti tak jemput. Hadoi.

Sekarang ni orang cakap budaya kena ada duit untuk kahwin ni menyusahkan perkara yang asalnya mudah. Dari hal nak menjemput kenduri pon dah susah, inikan pula hal lepas tu. Aku dulu ingat nak buat kad simple je, nak buat style omputih tulis Save The Date. Nama pon letak nickname. Tak payah sekapur sireh bagai. Belakang letak peta A3 aku tu.

Tapi nampak gayanya, impian tinggal impian la. GST berkuatkuasa 2015. Harga barang pon akan naik. Maka kengkawan, jangan la dera aku time tu eh. Apa sahaja method aku guna untuk jemput nanti, percayalah aku memang ikhlas jemput sekeluarga.

Tak pon kan, nanti aku tulis siap-siap jemput macam ni:

"Saya dengan tersangat ikhlasnya menjemput anda, pasangan dan anak-anak serta mak ayah, adik-beradik sendiri, adik-beradik kepada mak ayah, datuk dan nenek. Tidak dilupakan jugak mak dan ayah mertua."


2 kupang pasal grand wedding yang hot sekarang

Selama aku ada blog dan baca blog, blogger paling aku kagum dengan cara penulisan ialah Kak Di. Aku jadi reader dia sebelum dia tutup komen lagi. Latest entry beliau pasal grand wedding ZSRCW. Kak Di ni selalu dapat email reader suh komen pasal itu ini. So kadang-kadang hal yang beliau tak tau menahu pon. Demi reader terchentew terpaksa lah buat omwek gugel sket. Dan kemudian aku pon terhibur. Huhu.

Kalau nak baca apa Kak Di tulis pasal wedding ni, sila lah pegi ke blog beliau. Aku pon memang letak link kat sidebar. Hari-hari aku bukak blog sendiri, terus skrol bawah nak tengok kot beliau ada hupdate. Lepas baca entry tu, terus aku pon semangat nak bagi dua kupang aku plak. Tapi aku tweet je. Dan juga pemalas nak karang versi panjang. Maka aku tempek sini je print screen tweet tadi k. Haha.




Seriously...aku pon dengki la jugak sebab diorang ada saving 200ribu tu untuk labur ke wedding. Yang aku ni 200 hengget pon belum tentu ada. Kalau ada pon, belum tentu sampai hujung bulan. Takpe lah...semoga kekal berbahagia ZSRCW.

And again, do not misunderstand. Please get my point. Yang salah tetap salah. Cuma kita yang rasa betul ni memang betul ke?



7 benda common kapel selalu bagi

31 Oktober lepas adalah anniversary yang ke 1,2,3,4,5,6,7 yeay! Dah tujuh tahun kitorang together. Umpama satu kelas dari darjah satu sampai la tingkatan satu kan? Hehe. Kebelakangan ni memang kitorang dah kurang aktiviti berpeleseran di shopping complex dan membuang masa cari movie untuk ditengok. Come guys..itu hanya rutin kapel hingusan. Haha.

Ok. Itu statement berani mati.

Seriously...kitorang sekarang jejak panggung hanya untuk movie yang betul nak tengok je. Itu pon selepas baca review. Beli tiket pon online. Gi mampus la sedekah lima posen sorang. Tak kuasa nak pegi pukul 5 untuk movie pukul 10.

Sebenarnya kali ni aku saja nak list out benda wajib yang memasing selalu bagi.

No 1 ialah teddy bear terutamanya yang kaler pink dan besar. Aku dapat sejibik tahun 2009 kot. Dan lepas tu terus dibawa sebagai cabin luggage ke German. Bapak besar sampai tersangkut dalam tempat scan. Haha. Aku lipat lebih kurang supaya jadi sebuah bebola beruang yang tetap besar. Janji lepas. Kalau kena buang, mental breakdown aku kat situ weh.

No 2 ialah hadiah wallet dan tali pinggang. Sebabnya kat Parkson selalu sale combo sekali dedua ni. Packaging elok plak tu dalam kotak berhias. Ni aku bagi entah besday yang mana satu tapi rasanya baru je. Bagi aku ni hadiah bajet sket. Time tu jadi local student so tak berada sangat. Kalau oversea student kaya-raya. Haha. Tapi masalahnya wallet lelaki cepat berubah bentuk sebab setiap masa dilanyak buntut. Maka walaupon beli sekali, tapi jangka hayat tetap tidak sama. Ape laaa..

No 3 ialah couple ring. 7 tahun ni aku dah ada 2 set couple ring. Yang 1st tu bila aku dah kecik sket, die jadi longgar la. Yang 2nd ni aku tension plak sebab tak longgar-longgar lagi. Hadoi. Tapi untuk cincin aku saja lagi 2. Satu beli kat downtown, satu lagi Mr.D belikan, tapi aku terhilangkan kat surau. Maybe kaler die gold, sebab tu kot hilang. Well, kitorang tak pernah beli yang mahal. Couple ring pon dalam 25-30 hengget. Nanti kawen baru la excited nak cari. Huhu.

No 4 ialah bunga. Ok, yang ni lepas 7 tahun baru aku dapat sejambak. Tu pon sebab convo. Korang mesti berlambak jambak kan? Haha. Yang ni aku tak berapa jeles sebab bunga ni mudah nak dapat. Maka kalau selalu dapat, dah tak berapa romantik gitu. Kot la..atau sekarang aku sebenarnya aku sedang justify keadaan?? Tak kisah lah. Tapi kitorang tak pernah gaduh la pasal bunga ni. Dapat bunga memang best, tapi kejap je. Pastu pening nak buat ape kan?

No 5 ialah ubat. Jangan main-main...boifren bersin terus gi watson tu. Mr.D ni jenis mudah sakit. Pastu malas pegi klinik kecuali nak ambik MC. Maka aku la supplier ubat-ubatan die. Sebab mak aku boleh slumber ambik ubat free kat klinik. Dari panadol tu expired, baik aku kasi orang. Sebab aku jarang jugak sakit. Pening gitu-gitu je. Esok bangun dah lega. Selain ubat sepital, mungkin jugak minyak gamat atau minyak angin. Aha..

No 6 mungkin kah jam tangan, henpon atau gadjet lain? Ouh..lupa! Baju konpem ada. Hadiah paling senang nak pikir. Haha. Couple T pon bolehhhh. Kitorang ada sepasang. Tapi lama-lama bila lusuh, dah tak mampu dibawa keluar. Mr.D pon ntah muat ke tak. Hahaha.

No 7....hmm, let me guess. Handcrafts? Seperti bintang dalam balang dan jugak scrapbook?? Nak penuhkan balang bintang tu memang mencabar kot. Mula-mula konon nak bagi balang besar. Sekali sampai suku je bertahan. Terus tukar idea lain. Tapi actually aku berjaya kot. Gigih la garis kertas pastu gunting. Ni tahun pertama aku buat. Seratus bintang tu bila masuk balang macam tak efek ape pon. Naik la 1cm kot. Scrapbook plak aku pernah post dulu. So...maleh den nak cito lai ha. Huu...

K lah. Banyak lagi benda yang common. Tapi aku dah ngantuk. Bendanya tak kisah ulang-ulang. Tapi mungkin upgrade la. So, kalau dari hingusan dah bagi lazo diamond, siap sedia la diamond dan platinum nanti. Muahaha.

Btw, wedding band diorang memang cantik! *berangan untuk diri sendiri* (^_^)


Tak payah baca post lama, ni ada post baru

Dulu aku pernah buat entry gaji engineer vs doctor. Entry tu cam dah lama sangat tapi sampai sekarang masih ada yang berminat dan bagi pendapat. Aku rasa details dalam entry tu pon dah tak valid since dah beberapa tahun kan.

You know what? I finally feels that I don't have to argue anymore. Mom always and forever gives credit to doctors since she is the head nurse. Fine. Sekarang ni pendapat orang yang selain jurutera dan doktor ni macam mana? Apa kata chef Wan? Apa kata makcik Fareeda? Apa kata Anuar Zain? Apa pula kata Wawa Zainal? #eh

Sekarang kisahnya doktor mesti kata dia hebat. Jurutera plak mesti kata dia hebat. By the way, sekarang ni hanya jawatan je jurutera. Tapi jurutera yang diiktiraf sebenar-benarnya ada title Ir. So jangan la bandingkan doktor dengan jurutera graduan macam aku ni. 

Tadi aku cakap taknak argue dah kan? Takpe, ni sekadar penerangan. Nak jadi jurutera professional kena belajar 4 tahun. Bukan terhenti di situ ye anak-anak. Lepas tu keje 3 tahun lagi + courses + exam and other things yang BEM and IEM nak. Ok, penerangan ni mungkin tak berapa tepat. Tapi boleh gugel kalau berminat. Aku pon tak daftar graduate engineer kat BEM lagi. Tapi insyaAllah nak capai jugak title Ir. satu hari nanti. 

Jurutera juga kerja separuh mati. Or ada yang sampai mati. Aku pernah dengar kisah jurutera mati waktu keje. Tapi ni cerita teladan. Beliau berani mati test elektrik kat janakuasa yang besar tu pakai test pen. Memang dibumikan kat situ jugak ler. Padahal technician dah warning. 

Masa belajar amik degree ni, memanjang kena consider safety factor. Untuk safety sape? Harus la untuk manusia sejagat. Supaya menara yang tinggi takkan menyembah bumi, supaya kereta yang memecut melebihi had laju still selamat asalkan kau tak sodok lori kontena. Supaya nak elak apa sahaja yang meninggalkan gores luka kat badan manusia. Tapi manusia merancang, Allah yang menentukan. 

Jadi kepada yang cakap jangan compare, doktor belajar separuh mati, patutnya gaji lagi tinggi..silalah buka minda anda. Aku akui menghadap dan menghafal beribu ubat dan penyakit tu susah. Boleh pecah kepala. Tapi ketahuilah profession lain pon pecah kepala jugak. Tengok jurutera professional keje sama je teruk. Jangan la dibandingkan dengan graduan kejuruteraan. Itu belum complete untuk jadi engineer ye. 

Mintak maaf kepada doktor sekalian, kerana jurutera terlepas pandang aspek keselamatan, menyebabkan banyak kemalangan berlaku dan anda bersengkang mata tiap malam. 

Akhir kata, prevention is always better than cure. Adios!


Scary Mary

People who knows me just recently...I mean since the last 10 years, may not expect that I was too afraid of darkness. 

Suatu masa dulu, nak masuk bilik pon tunggu adik. Padahal suis lampu hanyalah satu perempat depa. Meaning badan tak payah masuk pon, hulur tangan je dah boleh petik suis. Aku rasa dulu aku ni sangat imaginatif. Kalau yang positif takpe jugak. Ni imagine tetibe hulur tangan pastu terpegang benda lain. Tu yang sampai ke sudah tunggu adik aku yang kemetot tu petik suis. Kalau waktu lepas sahur seksanyaaaa...mata ngantuk tapi adik aku plak makan sesuap sebutir. Terpaksa aku bertenggek la kat tepi dinding buat alas sandar. 

Actually sampai sekarang aku tak suka tido dalam total darkness. Aku rasa tension bila mata tak nampak apa. Samar-samar aku okay. Mesti kena ada source of light dari celah memana. 

Kalau dulu tido dengan kazen kat kampung, memang feberet kitorang la pillow talk cerita seram. Hmm..paling mencabar bila kazen tuan umah bukak cerita pasal that particular bilik yang kitorang tido. Kisahnya kazen aku tu tido mengadap cermin besar. Then tingkap kat atas kepala. So aku dah boleh agak dahhhh..."Kau mesti nampak benda kat luar tingkap dalam cermin tu kan? Hehe." 

"Aah...aku nampak tangan dia dah julur-julur nak ke kepala aku!"

Celaka kau. Mengambil iktibar dari cerita itu, kitorang pon masing-masing tak nak tengok cermin tu. Dalam erti kat lain, lantak la jembalang apa nak skodeng kat tingkap tu tapi jangan sampai kitorang nampak. Aku bukak silat nanti!

Pastu plak bukak cerita pasal kazen aku sorang tu yang disyaki kena buatan orang. Kazen tu senior sket..so dia tido dengan kazen sezaman ngan dia. Aku ni geng ngan kazen junior. 

So ceritanya begini. Aku pun ingat-ingat lupa. Tapi kisahnya benda yang dihantar kat kazen aku tu bertugas untuk bunuh dia. Dasat! Actually kazen aku ni baik dengan satu family and dia pon panggil ibu kat makcik tu. Then camne ntah salah paham or what, makcik tu rasa kazen aku nak rampas laki dia. So itu yang kena mandrem tu. 

Malam-malam katanya kazen aku ni pernah tengok akak tu (kazen yang kena buatan) bagai disampuk waktu tido. Ntah apa jampi serapah dia baca, pastu silat apa dia buka. Tapi dia tak sedar pon. So diorang just tepuk-tepuk sket sampai dia relax dan sambung tido. 

Itu belum kes jumpa kat dapur tengah pegang pisau dengan jelingan tajam. Pastu tengah makan jemaah bleh plak pusing sebelah sembang-sembang. Sebelah yang takde orang plak tu. Rancak jugak la cerita before tido ni. 

Esoknya dah siang, kitorang kazen junior ni pon haruslah pandang semacam je kat akak tu kerana disyaki akak tu tak fully recover lagi. Bila dia beliak-beliak mata mau tak bertempik kitorang lari. Padahal naturally memang la beliak mata tu satu body languange kan. Ala..sehari sebelum ni kalau akak tu nak buat kuda kepang depan aku pon no hal lah. Tetapi tidak la sehari selepas tu. Haha.

Ini semua cerita zaman sekolah rendah. Aku pon dah lama tak jumpa diorang. Dah tak rapat sangat dah pon sebab makin jarang balik kampung lepas tu. 

Tapi pelik la..rupa pon dah menakutkan, ada hati nak buat kawan? Certain orang memang berani mati la nak terjun ke bidang bomoh dukun ni. Buatnya melekat sampai ke sudah, tak ke celaka hidup kau kat dunia ni.

Ouh..ada satu cerita lagi. Ni bukan pasal bomoh. Ni pasal memang misteri nusantara. Masa ziarah mak sedara aku yang sakit ritu, sembang-sembang la pasal orang kampung sekalian. Mak ngah aku ni kakak kepada ayah aku. Nak dijadikan cerita, doktor yang merawat dia sekarang pon sekampung. Tu yang bersungguh-sungguh mak ngah aku nak bagi ayah aku ingat balik doktor tu. Katanya dulu duk main bola sekali. Tapi sampai ke sudah ayah aku tak ingat. 

Ok ceritanya begini. Ada la 3 sekawan pegi memancing kat satu tasik di atas bukit. Orang kampung jugak la. Pastu tetiba 2 orang turun bukit kelam-kabut nak gitau kat orang kampung yang sorang lagi lemas dalam tasik. Dulu-dulu mana ada henpon. Harus la bagai tak cukup tanah berlari.

Yang lemas tu memang menemui ajal la hari tu. Mak ngah aku time tu baru kawen, ada anak sorang kecik lagi iaitu kazen aku yang paling tua. Mak ngah aku ikut skuad penyelamat naik atas bukit tu. Bila keluarkan jenazah, merah-merah kulit dia. Tak biru-biru pon macam standard orang lemas. 

Yang 2 orang lagi tu cerita, masa tengah memancing tu, sorang tu tetibe bangun dan meluru nak masuk tasik. Bila dijerit katanya ada perempuan dalam sampan tengah panggil dia. Tak sempat la nak meluru halang...tau je la orang satu pancing mana duk dekat-dekat. 

Pastu masa mak ngah aku nak turun bukit tu, dia cakap penuh awan putih. Tak rasa macam pijak tanah pon. Rasa macam tengah pijak awan. Sejuk je angin. Mak ngah aku balik, masuk rumah je terus la nak tengok anak dia. Yang peliknya anak dia terus melalak tak nak dekat. Lama jugak la kazen aku tu tak nak langsung kat mak ngah aku. Until one day panggil sorang ustaz tolong untuk setel masalah tu. Katanya ada benda yang mengikut. Hmm...nasib baik benda tu reti nak balik. 

Masa tu aku pon tak jadi benih lagi agaknya. Haha. Ayah aku cakap tasik tu macam Tangkuban Perahu yang dipenuhi air. Hmm...tasik memang la dipenuhi air. Mak ngah aku cakap baru-baru ni masuk misteri nusantara. Diorang berkampung kat atas tu pastu sesat nak turun. Yang ni tak sure betul ke tak.

Banyak jugak cerita aku dengar, selalu tak pernah pon buat benda tu, tapi time ajal memanggil-manggil tu tak sabar-sabar nak buat. Semua ni rahsia Allah. 

Dah pukul 11.06 malam. Sampai masanya aku senaman sebab hari ni aku makan macam jemaah dengan hantu raya je. Risau bila makanan selamba je lalu kat tekak. 

K lah. Bye.

Luahan yang tak patut

Tak sampai sebulan aku grad. Tapi dah kena pressure untuk cari kerja. Asik kena compare dengan yang dah dapat kerja. Padahal berlambak lagi yang lepak dulu. Bukan aku tak apply. Sekarang pon tengah tunggu confirmation untuk satu job yang jadi prioriti aku. Kalau tak dapat, baru la move on. Aku just tak nak apply beriya, tapi nanti dilema nak buat keputusan.

Sampai aku rasa diri ini sangat la membuang masa lalu google kerja clerk, tutor and even guru ganti. Tapi aku konvo pon belum. Transkrip pon tak dapat lagi. Plus, graduate opening untuk most company dah lama tutup. Aku memang tak nak sewenangnya apply kerja yang tak minat. Buat masa sekarang ok lagi kot nak selective sket.

Aku tak paham la kat mana yang aku buang masa sangat tu. Nak je aku stay bangi and buat la apa yang patut. Aku ingat haruslah aku stay kampung untuk spend time ngan family sebelum aku tak cukup kaki tangan keje nanti. Lately ni rasa macam selalu dengar soalan "Dah apply kerja?" "Takda interview lagi?" "Macam mana orang lain dah dapat keje?" bla bla bla.

Rimas tau tak.

Lain la kalau dah 4 bulan aku mengangkang je. Ini kalau kira dari tarikh status tukar 'Bergraduan', aku rasa baru 2-3 minggu. Masa final sem mana la aku sempat nak fokus sangat untuk cari keje. Harus la aku bagi lepas dulu final year project. Tu pon nasib baik ada la kegigihan nak apply kat satu MNC ni.

Itu pon teramat la gigih nak panjat satu-satu.

Aku dari dulu sampai sekarang musykil. Tak cukup ke achievements yang aku dapat setakat ni? Once a loser, always a loser ke? Aku dari kecik sampai besar, asik dobandingkan dengan anak orang lain. Aku dah 10 taun balik dari jemen pon duk brag lagi kat orang. Tak payah cerita sangat la pasal tu. Nanti nak menjawab plak, "Saya tak buat master. Degree la".

Tak ke terkebil-kebil orang lain nak digest the situation.

Loser sangat ke aku? Tak bawak balik degree oversea tu jadi satu kes terfaktab yang besar plak.

Mungkin orang lain cakap aku poyo. Tak payah nak dukacita sangat lah. Tapi kalau kau bawak balik guni emas hari-hari pon, orang yang kau concern tu tetap tak puas hati, tentu kau rasa loser tahap babun.

Aku menang award baru ni. Tau tak kat mana trofi dan thesis aku sekarang? Kat timbunan pasu yang semak dan dilindung timbunan kertas A4. Bukan aku yang letak.

Ayah aku memang cakap yang aku tak pandai brag achievements macam adik aku. Sebabnya aku sendiri tak rasa hebat mana. Lain la CGPA 4.00 kan. Ntah la. Aku pon tak tau.

K lah. Nak tido. Moga esok bangun, semua benda ni lesap.



Remember when we talked about boys? Sorry friend, go and find your true love. I found mind. So I have to let you go.



Banyak dah terjadi. Tak kisah dalam drama atau realiti. Tapi dalam drama tok sah citer la. Yang realiti ni kita kena kaji. Ada sesape sini yang rasa dipinggirkan best friend sendiri lepas diorang dah kapel? Or ada sesape yang pernah meminggirkan best friend sendiri?

Aku pon pernah menyaksikan kes macam ni berlaku. Ada yang depan mata, ada yang kat ekor-ekor je. Selalu jadi kalau best friends berlainan jantina. Lepas kapel, partner dah tak bagi contact dengan best friend sebab cemburu or.....ok. Mostly memang sebab jeles. 

Kadang-kadang aku kesian jugak kat yang terpinggir tu. Dulu masa susah duka lara, semua perkara sedih kau share ngan dia. Kucing mati digilis, anak hamster mati dimakan emaknya, tudung awning jadi pentagon lepas masuk mesin basuh, dan macam-macam lagi. Kau menangis seribu malam sampai berjejehan taik telinga yang mendengar. lols.

At last, bila dah dapat kekasih hati, walau baru seminggu. kau dah lupakan best friend yang dari dulu sampai sekarang setia bergayut tepon ngan kau. Fine, mungkin kau tak lupa and kau terpaksa buat-buat lupa sebab dah ada komitmen lain. Orang macam kau hanya akan bernasib baik kalau langit itu sentiasa cerah.

Dari perspektif bertentangan, aku sendiri paham yang kalau dah cinta separuh nyawa tu, memang la air mutlak sebaldi pon kau sanggup tadahkan. Feeling tu lain...friendship and love memang berlainan. Kekasih boleh jadi kawan. Tapi kawan tak boleh jadi kekasih. 

Rileks.....Pada pandangan aku, yang kes in love with your best friend tu tak yah nak propa sangat la. Memang awal-awal kau dah syiok habis kat dia kan? So relationship kau ni sebenanrnya start dengan crush, bukan kawan. 

So, sebab apa kau akhirnya sanggup meminggirkan best friend sendiri? Hmm..walaupon pahit, tapi aku rasa la kan....kau pikir, antara kekasih dan sahabat, kekasih hanya satu, sahabat silih berganti. Maksud aku, antara dua tu, kau tak sanggup hilang kekasih. Tapi tak kisah hilang sahabat. 

Sebab love is irresistible. Pernah kau dengar friendship is irresistible? Selalu aku dengar best friend yang terpinggir ni argue, diorang dah kenal 10 tahun lepas, tapi bila dah kapel, senang-senang je tak appreciate the long built friendship. Dah macam budak sekolah dah aku tengok. Gaduh senior ngan junior. Haha.

Actually, normal la jeles tu. Aku rasa masalah ni kurang sket kalau best friends ni masing-masing ada partner. Yang rumit tu kalau sorang dah jumpa cinta hati, sorang lagi masih lonely. Hmm..aku tak maksudkan lonely tu kau berteleku kat bucu dinding sepanjang hari. Mungkin perkataan yang sesuai ialah empty. Bukan? Fine. Fill in the blank yourself.

Cinta memerlukan pengorbanan. Mungkin salah satu yang dimaksudkan ialah mengorbankan persahabatan. Tapi kalau kau multitasking, pandai maintain, takde hal lah. Nak pasang 4 pon boleh. Haha. 

Buat sahabat yang terkorban, jangan la merajuk panjang. Mungkin kau masih tak paham. Suatu masa nanti kau akan buat perkara yang sama kalau berada dalam situasi ni nanti. Sebab kenapa kau sanggup ketepikan best friend sendiri, memang tak boleh nak explain. 

Ketepikan tu maksudnya bukan nyahkan jauh-jauh. Mungkin dulu seminggu jumpa 7 kali, sekarang 2 kali. Dulu gayut sehari 5 jam, sekarang 5 minit. Macam tu la. Aku pon seorang kawan. Aku pon paham role aku sebagai kawan. Kawan kan peneman dikala susah dan senang. 

So sekarang bila dah jadi camni, diorang dah jumpa peneman dikala senang, kau get ready la untuk meneman dikala susah. Tak ke job load kau dah reduced? Dulu susah senang. Sekarang susah je. Haha. 



eh...tetiba. haha.



Mistikus

Assalamualaikum ibu dan bapak sekalian...sudah lama nggak ketemuin ya. Aku baru pulang dari Jawa Barat, Bandung. Seronok ya sopping di sana. Barangnya murah-murah. Bisa lagi kok aku terbang ke sana. Moga-moga panjang umurnya (^_^)

Tapi sore ini aku nggak mau menceritakan soal itu. Karena sudah pasti kalian bisa aja membacanya merata-rata. Maaf ya..pokoknya aku dan keluarga itu habis berbelanja hampir 15 juta IDR. Pulangnya udah jatuh meskin. Haihhh..

Off mood bercuti. Now lets get back to serious business. 

Mengikut cerita parents aku, masa tu kitorang tinggal kat taiping, di suatu petang aku duduk kat depan rumah meraung melalak-lalak macam kena sampuk. Mama cerita time tu mulut aku asik sebut, "Ada mata merah atas bumbung!" sambil nangis keluar hingus hijau semua. Rasanya umur aku dalam 3-4 tahun camtu. Sampai sekarang aku tak ingat pon kejadian tu. Tapi parents aku selalu ulang cerita ni. 

Masa aku tadika, time tu dah pindah Perlis. Balik kampung biasa la budak-budak mesti ngan kazen semua. Orang tua-tua cakap jangan suka sangat, nanti malam ngigau. Mengikut cerita papa, memang betul pon aku kuat ngigau. Tapi pesen lain sket. Aku jenis yang dari terbaring tu tetibe bangun duduk, pastu panggil-panggil nama orang. Pastu papa akan tepuk belakang, usap-usap sket supaya aku baring dan tido balik. Korang pernah jumpa tak spesis yang sama? 

Waktu aku darjah 6, lepas kelas tambahan untuk budak UPSR, aku and the geng lepak dalam kelas sembang-sembang. Selalu kitorang main galah panjang. Tapi hari tu terlayan plak dengan cerita seram. Lepas sorang, sorang bukak cerita. Aku budak umo 12 tahun macam takde cerita sangat. Pelik betul kawan aku yang lain semua banyak story. Time tu aku duduk mengadap pintu kelas depan. Masa tu memang dah naik seram la. Tetibe aku ternampak selendang kaler oren melayang kat tingkap. Kelas tu kelas hujung. So memang takde orang nak lalu sangat. Apatah lagi dah lewat petang. Dah lama sket tu baru aku cakap,"Eh..tadi kat tingkap tu apa?" Ah sudah...

Masa aku tingkatan 5 plak kat gopeng. Budak nak SPM dibenarkan stay up sampai pukul 2 pagi. So lepas balik study tu aku lalu kat port study dormmate aku. Dia kelas lain. Port study diorang memang kat laluan tu. Then dia cakap malam ni tak naik tido kat bilik. So aku pon naik la ke tingkat 3 dengan dak kelas sorang tu. Dia dorm sebelah. Masa sampai luar dorm aku tengok cerah lagi ada lampu study. Eksaited la sebab ingat adik dorm tak tido lagi. Diorang tak dibenarkan stay up sebenarnya. Pastu masuk dorm rupanya semua dah tido. Suis lampu study plak kat hujung penjuru bilik. So aku letak beg atas katil, terus la menonong nak tutup lampu tu. Pusing je nak patah balik ke katil, hmmmmmm....ape benda tu. 

Menapak selangkah ke depan. Hampir jelas. Langkah setapak lagi. Positif! Pakai baju kurung, rambut pendek sama, berdiri tepi katil opposite, muka pucat biru. Dalam hati, "Bukan ke aku jumpe kau kat bawah tadi?" Deym. Terus aku boom atas katil. Malam tu dengan jubah aku tido. Esok dak dorm gerak pagi nak pegi sekolah, masing-masing pelik aku tido macam tu. Aku pon cerita la dalam nada yang agak control. Dah tu pegi mandi. Aku masuk dorm nak siap-siap, Dayah datang kat aku dengan cemasnya. Mau tak..serupa kot. 

Kat GMI masa aku foundation dulu. Last kejadian kena tindih yang aku ingat. Esoknya aku cerita kat roommate. Rupanya malam tu pon dia dalam separa sedar, tak sure mimpi or apa, dia cakap nampak something duduk atas kipas. Dah la dia memang tido katil atas. So dengan keadaan bilik yang sempit tu, memang beberapa jengkal je jarak. 

Kat German pon ada...tapi cukup la kot aku cerita. Sebabnya dah sampai masa untuk bersenam. Jom kuruskan badan!






Kagum

Aku kagum dengan kisah cinta classmate sekolah rendah. Diorang 1st time jumpe kat pasar malam. Tapi of course la sebelum tu main mesej dulu. Esoknye terus kapel. Konpem ade yang skeptikal kan?

After 4 years roughly, diorang dah kawen. Walaupon lepas kawen ni makin menjadi-jadi plak gedik kat fesbuk, tapi aku cuba paham. Mungkin la dulu ramai orang kutuk or bajet tak tahan lama, drastik wutsoever kan, so sekarang hambek kau! Yang mengata tu ntah-ntah dah seploh kali salin jantan tino.


Ehem...aku dulu pon camtu jugak. Main mesej 2 minggu, jumpe ari isnin, selasa terus kapel. Lantak la korang nak cakap aku desperate ke ape. Janji aku tahu hati aku dan apa yang terbaik untuk aku. Aku malas dah nak elaborate pasal ni. Sekarang....takde suara yang bersuara dah. Kecuali mak aku. Makin dekat ni makin selalu ingatkan suh jaga diri. Darah manis ke aku?? Haha.


So aku mengambil semangat dari classmate aku tu dan percaya yang aku dah buat keputusan yang betul dulu. Dari segi sifat dan kelakuan, syukur Mr. D ni amat menenangkan hati. Macam aku tulis dulu, aku tak pernah jumpa lagi la boyfriend orang lain yang setanding. Hohoho (@_@) Marah kau.


Petuanya senang, jatuh hati lah pada kekurangannya, sebab esok kelebihannya akan jadi satu bonus. Aku dulu sejuk hati tengok Mr.D ni humble dan matang, ada ciri-ciri ketua keluarga. Cukup la aku kagum dengan dia survive elaun mara 340 sebulan untuk sewa, rokok, minyak moto dan makan. That's it. Aku yang time tu fully tajaan mara dan pama pon kadang tak cukup.


Ni bukan aku je puji, adik dia yang dulu kena rebut beskal pon besar-besar ni puji abang dia paling tak menyusahkan mak. Tapi aku plak menyusahkan Mr.D dulu, kini dan bakal selamanya. Haha. Dak umah dia dulu cakap lepas kenal aku la Mr.D makan megi memanjang. Sadis betul kutukan itu dowhhhh. Sempoi je mulut kau ye, mentang-mentang beday sama tahun lain, kau sejujur-jujurnya dengan aku (-..-)


Neway..tu lah tips nak mula bercinta dari aku yang tak seberapa ni. Ingat. Kagum pada kekurangannya, nanti bila Allah tunjuk kelebihannya, kau lah manusia paling bahagiaaaaa skali (0_0)



Mimpi Semalam Yang Pelik

Semalam aku selsema dan pening kepala. Dah telan Piriton dalam pukul 10 camtu. Bajet jap lagi ni tumbang la. Sekali khusyuk buat FYP tak sedar dah pukul 3 pagi. Aku stop buat keje pon sebab tetibe kepala sakit. Sebelah kiri je, kanan tak sakit. Apekah yang terjadi kepada otak kiri aku?? Maybe overusage. Haha.

Fine, tekad telan panadol berbekalkan air yang cukup-cukup seteguk sebab tak larat nak keluar bilik. Nasib baik la lepas. Kalau tak, sia-sia je sangkut kat tekak. Tapi...tekak aku cam luas je. Nasi impit tak payah kunyah pon boleh lalu. Lols. Then paksa diri tido. Tapi seksa jugak la. Rasa kalau letak towel basah kat dahi mesti sedap. Namun, aku kan malas! Malas mengatasi segalanya weh.

In the end aku pon tertido. Dan akhirnya terjaga pada esok hari pukul 11.45 pagi. Masih pagi okay sebab tak cecah doblas lagi. Bukak mata...ouh, kepala dah tak sakit. Leganyaaaa...ermm...sedapnya tido......maka sambung tido. Bajet nak bangun pukul 12.30 la kan. Tapi tak kunci jam. Memang terang-terangan aku takde niat nak bangun. Tak sempat pikir terus tido balik.

Dan bermula lah perjalanan mimpi pelik aku. Dalam mimpi tu, aku ala-ala kembali ke sekolah. Aku join khidmat negara or sumting dan kitorang training kat kem tentera. Gilo lah! Aku time tu tengah berbaris dalam group. Tetibe komander suh tukar baju sukan. Memandangkan aku tinggal baju aku kat dalam dorm, aku pon berlari-lari balik salin baju kat dorm tu. Lari sekuat-kuatnya sebab pikir mati la kena maki ngan komander nanti.

Lepas tukar baju dan seluar track dark blue yang berbunyi-bunyi bila jalan tu, aku pon nak beratur balik dalam group. Sekali tengok group aku pakai seluar track kuning dan setiap group rupanya pakai kaler lain-lain. Aku dah konpius nak beratur kat group aku ke nak pegi je kat group lain yang pakai track dark blue.

At last, aku tegar je duk belakang budak seluar kuning dengan harapan komander tak perasan. Rupanya hari tu kitorang ade latihan kecergasan. Dalam kem tentera tu, ade satu robot gila yang akan panah setiap orang yang die spot. Robot tu function kononnya nak bagi askar-askar ni sentiasa alert ngan musuh. Teknologi baru ni. Dalam mimpi aku je ade ha! Haha.

Nak dijadikan cerita, aku yang masih nak adapt dengan seluar kaler tak sama ni tak alert dan terus kena panah kat perut. Ancient tak? Panah woo. Cilaka punya robot! Nasib baik aku selalu tengok drama Korea. Kalau kena panah, mesti cabut dulu. So aku macam cool je cabut panah sendiri pastu tengok perut terbelah sikit.

Dengan sepenuh tenaga aku bangun nak melarikan diri daripada robot jahat sebab die kan bodoh. Kang die nampak aku lagi, bukan die ingat aku dah kena, tak pasal tembus kat betis plak. Nasib baik tetibe ade askar jogging kat tepi tu. Robot tu pon distracted nak panah askar tu. Aku sempat usyar askar tu macam dah bese je die, tak sempat robot tu nak shoot, terus kena belasah sampai berterabur. Hahaha. Lawak. Cayalah abang askar! Huhuhu :D

Pastu aku teringat yang aku kena panah, then pegi la kat dispenseri. Aku pon mintak simpati la kat nurse sebab perut dah terbelah. Kena la jait.. Tapi seingat aku la, nurse tu cakap die malas nak jait, so die bagi aku perkakas and suh jait sendiri. Sebab aku ingat, aku main masuk je jarum tu kat perut pastu dah separuh jalan benang tu putus. Part ni aku dah rasa mimpi aku ni bangang. Walaupon mungkin korang dah rasa bangang tu awal-awal lagi. Kan? Kan?

Disebabkan nurse tu malas dan tak memberi kerjasama, komander aku tetibe muncul dan volunteer nak tolong jait. Sebab ye la, die risau. Kan aku under die. Ni aku interprate sendiri. Dalam mimpi tu die tak cakap plak asal die tetibe ade kat situ. Haha.

Namun, perut aku tak sempat jait pon :(

Sebab tetibe ade bunyi berdentum-dentum orang sebelah ketuk pintu bilik aku. Katanya die lupa kelas kitorang pukul 2. Time tu dah pukul 1.30 kot.

Maka, dengan sepantas kilat aku mandi, solat, siap-siap dan tepat pukul 2 keluar rumah. Pom pang pom pang atas jalan, parking moto, naik lift dan sampai kelas pukul 2.15 sharp. Rasa bangga sebab tak lewat sangat. Hahaha.

Yang penting, perut aku takde lubang bekas panah. Happy ending la kot. Huhu.


Only You

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda hopeless?

Pernahkah anda rasa anda hanya boleh bergantung kepada diri sendiri?

Pernah tak? Pernah tak?


Entry kali ni sajer aku nak mula dengan soklan gempak camtu. Ahaha. Tapi aku rasa hari-hari mesti ada orang yang experience benda ni. Nak buat apa pon tak mampu. Tak boleh jalan properly, kete masuk bengkel dan tak dapat dikenalpasti punca, bawak moto pon rasa cam beban satu badan, padahal sebelum ni aku ibarat pari-pari yang meluncur laju di jalan. Maybe aku terlalu pressure diri sendiri sebab tak boleh trust kaki kiri aku. Orang biasa bawak moto mesti tau yang kaki kiri memang guna untuk support bila nak benti. Dah benti baru kaki kanan turun and kaki kiri naik standby gear. Walaupon aku bawak skuter sekarang, tapi habbit tu lekat.

Selama ni selain selalu menyusahkan Mr. D, aku hanya menyusahkan diri sendiri sahaja. Kecuali kalau orang nak offer tolong. Memang kawah kenduri aku tadahkan. HaHa. Tapi betul la orang cakap. Nak tengok sape kawan, tunggu masa susah. Dan mungkin masa ni lah sesuai untuk muhasabah diri. Maybe kau still tak tolong ramai orang, sebab bila kau susah, takde orang nak tolong. Betul tak? Maybe orang pernah mintak tolong kat kau, tapi kau turn down dengan angkuhnya. Or maybe kau just tolong cukup syarat je. Who knows...ni masa untuk kau rasakan!

Tapi kalau adik aku dekat, mesti dia boleh jaga aku dan bawak aku ke mana sahaja. Ni la nasib perantau. Dengan emosi yang tak terkawal sekarang, aku rasa nak jerit je. Apalah hikmah disebalik semua ni ya Allah. Aku mohon lenyapkanlah perasaan terkilan ni supaya aku redha. It is frustrating when you only have yourself to rely on, which is unreliable.



Hari ni adalah hari tertekan

Hai guys..

Hari ni mood aku gloomy dan stress. Dah lebih 3 minggu tapi luka kat lutut ni tak baik lagi. Joint locking, bila nak bend kaki rasa macam isi tu tertarik. Ada certain parts kat lutut ni masih bengkak, bila tekan rasa sakit tapi tak rasa sentuhan. Nerve damage whatever. Dah pegi Hospital Serdang Selasa minggu lepas, mula-mula katanya dalam seminggu pakar akan bagi tarikh appointment. Lepas seminggu cakap dua minggu plak. 

Orang yang jawab phone kat klinik Orto tu cakap boleh pegi kat bahagian kecemasan, then mintak doktor kat situ refer kat Fisio. Aku pegi sana pukul 9.30 malam, pukul 12 lebih baru kena panggil. Aku baca kat poster depan pintu doktor tu, nombor giliran aku ni dikategorikan sebagai "Perlu rawatan tapi masih boleh tunggu."

Bila masuk jumpa doktor, takde ape pon yang dia boleh buat. Just suruh X-Ray lagi sekali, bandage dari tengah peha sampai tengah betis then bagi pain killer. Aku pon balik camtu je. Nak tak nak, memang kena tunggu pakar Orto. Sebab hanya pakar yang boleh order test CT scan or MRI. 

Simptom lutut aku macam ada torn meniscus. Lebih tepat lagi medial meniscus. Haha. Pepandai je aku diagnosis sendiri. Kalau sampai joint locking, kena arthroscopic surgery untuk suture or remove terus bahagian meniscus yang koyak tu. Daripada aku ni seram sejuk nak menghadapi fact ni, sekarang macam dah redha je kalau itu takdirnya. Sebab dah nak muntah tengok surgery tu kat Youtube. Silap-silap boleh amik local anesthetic and tengok ape yang dia buat kat monitor.

Kalau ikutkan hati ni, memang nak je aku pegi hospital swasta. Tapi orang lain sume cakap mahal. Yang tak sakit memang la senang-lenang je cakap mahal, tak yah pegi, tunggu gomen. Doktor emergency tu pon advised supaya jangan banyak bergerak, jangan jejak kaki yang sakit, takut nanti sementara nak tunggu pakar yang ntah bila nak jumpa aku tu, makin teruk pulak problem. 

Kalau aku dah dalam treatment, larat lagi nak saiko diri sendiri. Tapi sekarang ubat sume dah abis. Treatment pon takde. Kaki tak sembuh, progress pon amat lah selow. Agaknya sebab fizikal dan mental yang tertekan ni, berat pon turun. Kalau penimbang tu tipu pon lantak lah. Aku tak boleh nak berlari atas threadmill pon. Maybe penimbang aku tu memahami. Maka dia cuba mengurangkan stress aku. Tapi harap la dia tak tipu. Ye dak?

Sebelum ni aku pakai Ebene knee guard tu, makin selesa la sikit. Tapi sebab luka aku yang basah balik, maka aku just bandage la tempat yang yang boleh. Which is tak sama okay dengan knee guard. Compression tu tak sama.

Kesimpulannya, hari ni tak berjaya nak saiko diri sendiri. Ya Allah, nikmatnya berjalan, berlari, turun tangga, naik tangga. Korang yang sihat tubuh badan ni, jangan la malas nak exercise. Memang kalau nak compare, aku lagi semangat nak lari sejam hari-hari daripada duduk beku tak boleh nak buat apa macam ni. 

Sekian. Terima kasih kerana membaca. 



Hargai nikmat sihat

Assalamualaikum wbt.

Lama aku tak update blog ni. Busy dengan internship.

Latest news is, aku eksiden motor dua minggu lepas. Lutut terkoyak and kena jahit. Walaupon dua jahit je, tapi luka tu dalam. Lepas bukak jahit, luka tu still tak sembuh. Makin teruk sampai ada slough. Maybe antibiotik Fusidin tak sesuai. So beli Sofra-Tulle. Alhamdulillah..luka dah makin sembuh.

Tapi sampai sekarang aku tak boleh jalan macam biasa. Pegi Hospital Az-Zahrah untuk x-ray. Doc cakap kedudukan joint tulang tak bagus. Tapi sebab itu kejadian asal dan kedua-dua belah pon memang macam tu, doc cakap jangan tambah berat sebab possibility untuk sakit lutut nanti tinggi. Tapi actually sekarang pon aku ada masalah lutut. Tambah-tambah kalau buat lunges.

Doc bagi surat rujukan untuk jumpa Ortodentic. Maybe kena buat fisioterapi. Kat swasta kan mahal. So aku  plan nak pegi GH Serdang. Ingat nak pegi cepat la..Tapi selangor announce cuti pilihanraya plak Isnin ni. So aku kena pegi hari Selasa. 

Ya Allah...azabnya hilang nikmat berjalan, berlari, melompat, memanjat, berkuda-kuda. Aku dah lama tak pegi gym. Walaupon aku nak jalan ke dapur pon berpeluh, tapi still tak cover makan yang melampau. Mak jaga..memang la makan tido je. Tambah-tambah ubat kena makan 4 kali sehari SELEPAS makan. Hadoi...

Sekarang dah balik Bangi. Memang la gigih menapak tangga naik turun tingkat 5. Hari ni housemate ngan Mr.D balik kampung mengundi. So, aku kena denda diri, no dinner. Baik untuk kaki supaya tak berjalan sangat. Tapi kenapa aku lapar dan kenyang serentak? Macam kawasan perut bawah kenyang. Perut atas lapar. 

Motor plak ingat dah baiki ritu. Tengok ada prob plak. Semput. Ntah la...pape je la. Yang penting, aku kena kuat semangat untuk kembali cergas seperti biasa. Orang cakap fisioterapi sakit. Mak cakap, jangan dengar cakap orang. Mak buat dulu pon sakit. Tapi kalau tak nak cacat seumur hidup, mesti tahan! 

Baik. Aku nak sihat dan pegi gym. Chayok Moon!!



3 situasi yang membuatkan aku rasa nak tampal notes kat dahi

Haishhhhh......

Situasi 1: Jalan-jalan di pasar malam

Akak jual ayu sejuk kat pasar malam tu distribute brochure. So seperti biasa dah orang hulur tu aku amik la. Sekali dia tarik tangan aku dengan rakusnya! Aku plak tak sampai hati nak rentap. Apa lagi..dia nak demo gosok-gosok kat tangan tu la..Malas, tapi terpaksa layan.

Akak tu : Krim ni elok untuk kulit muka..tu yang ada bintik-bintik tu. (Sambil tunjuk kat muka aku) Ni dah kahwin kan? Kalau ada baby, elok la sapu kat ruam-ruam macam ni. (Sambil tunjuk gambar baby yang bersepah ruam kat muka)

Aku : ??????

Situasi 2: Bateri kereta kong kat depan Maybank on the way nak pegi gym

Ada ramai yang baik hati tolong aku ritu. Mula-mula pakai jumper, tapi agaknya memang dah out terus bateri, so tak leh jugak. Kebetulan dekat situ ada la bengkel yang sikit lagi nak tutup. Abang jual insurans kat depan Maybank tu pon tolong panggil apek pomen kat bengkel tu.

Sambil tunggu tu, ada la pakcik ni pon tunggu sape ntah. Tapi ramah la nak bersembang ngan aku. Dia cerita pasal dulu pon anak pompuan dia jadi macam ni. Kereta mati kat kawasan yang tak dapat dikenalpasti. Kantoi anak dia pegi merayap jauh. 

Pakcik tu : Suami puan mana?

Aku : Err...outstation. (Layankan aje...padahal bf aku jadi pengapit kenduri best friend dia.)

Pakcik tu : Susah kalau takde lelaki. Selalu pompuan dia kol, pastu pandai-pandai la kita setel. Berpeluh jugak saya ritu.

Situasi 3 : Dalam lift sembang ngan abang bawak Merc

Ini kali kedua sembang ngan abang tu. Aku rasa dia ni big bos company kat dalam Goldhill ni jugak. Tapi dia very friendly. Second time jumpa, panjang sikit dialog kitorang. HaHa.

Abang tu : Husband tak risau ke bawak motor?

Aku : Err....saya single lagi. (Give up dah untuk berpura-pura, although I thought to for a second. Haha)

Abang tu : Oh..ye kerr? 

Aku pon senyum. Lama sikit dia tanya soalan lain plak.

Abang tu : Boyfriend tak risau ke?

Aku : Ouh...dah biasa dah. Dulu masa belajar pon pernah naik motor. Pastu sekarang bawak kereta, tapi tak boleh la sekarang.

Abang tu : Ye lah..jalan jam. Tinggal bangi area mana?

Aku : Seksyen 9.

Dan perbualan bersambung sampai la abang tu benti kat level 6. Lepas ni aku usyar level 6 tu company apa. Muahahaha ^_^

Tapi korang nampak tak apa aku nak cerita???

Sigh...ouh papa, I need to get married ASAP! T_T



Gaduh adalah normal



Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again

It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again



Omaigod! This song is haunted. Takde suara pon aku gigih nak nyanyi ala-ala Pink. Haha... Tapi time serak basah ni menjadi jugak la suara Pink. Muahaha =)

Hmm...aku suka lagu ni sebab aku rasa lagu ni macam mencerminkan asam garam kehidupan  lovey-dovey. Mana ada kapel yang tak gaduh, campak phone ke seat belakang, keluar kete dan hempas pintu, and so on...Seyes takde.

So lagu ni macam menceritakan saat-saat rasa menyampah nak tengok muka masing-masing, rasa macam this is the end, memang over habis lah! Tapi lepas 2 jam (it depends), korang akan on phone, check miskol, bila takde sekeping pon korang akan naik hangin, then kol your bf/gf sebab nak marah asal takde miskol langsung. Takkan tak concern kan? 

Haha...Memang lawak sebenarnya. Aku tak tau la kes korang camne. Tapi ni memang truly deeply madly my case. Tadi gaduh pasal lain. Pastu sebab tension takde miskol, aku kol and marah pasal lain plak. Pastu lupa dah ape ntah gaduh memula tadi. LoL.

Betul la..we're not broken just bent. And we definitely can learn to love again! Aku ni memang takde kemahiran nak marah lama-lama. Tapi aku memang expert bab marah pasal 1o benda dalam 10 saat. HaHa. 

Lepas aku marah takde miskol, aku akan marah pasal bf diam je tak nak cakap. Padahal sebenarnya dia malas nak layan. Dia biar je aku cakap pape. Sape tak marah bila cakap sorang-sorang kan?

Pastu aku akan marah dia tak concentrate bila aku cakap, then aku dah sampai puncak kehanginan, aku akan cakap takpe lah kalau malas nak cakap ngan aku, pegi lah buat pape yang dia suka. Rasa macam lantak lah, tak koser nak pikir.

Tapi bila dia cakap, OKAY.................Temperature naiiiikkkkkkkkkk >..<

Suke la tu tak bercakap ngan aku, ke ada nak kol pompuan lain mamat ni?? Dengan orang lain boleh plak pot pet pot pet!!

Tensi!

Ya...itu lah kemahiran aku untuk tension pasal 10 benda dalam 10 saat. Lepas aku penat, baru la bf aku layan. Masalahnya....lepas sekian lama ni, dia dah paham sangat perangai aku. Dan dia dah develop cara untuk counter attack, iaitu berdiam diri.

Scheiss @^^@

Part Nate Ruess nyanyi pon macam kena dengan my dearest bf.

Why you dont understand where all this coming from? We're not fine!
My head aint running wild and no bad dreams wutsoeva!
It IS as bad as it seems. Grrrrrrrr...

But... 

We're not broken just bent and we can learn to love again (^_^) \/